Gincu adalah seri wajah seorang wanita. Ya memang benar. Dalam banyak-banyak alat make up yang ada, benda paling penting adalah gincu. Pemilihan warna gincu amat penting agar bersesuaian warna dengan kulit wajah. Jadi jika tidak tahu gincu mana yang harus dibeli? Mari kami bantu warna gincu paling top yang menjadi pilihan. Jangan terkejut jika ada yang cuba memikat kamu nanti.
Warna Ungu
Tak semua orang mampu menggayakan gincu berwarna ungu. Perlu selari dengan imej pakaian kamu pada hari tersebut. Tersilap langkah, nanti orang fikir kamu ahli kumpulan gothic pula. Bagi mengelakkan perkara itu berlaku, pilih warna ungu yang tidak terlalu gelap.
Warna Merah Jambu
Bila tengok orang gayakan cantik, tapi terfikir bila sendiri pakai, kena ke? Warna merah jambu antara warna yang terhangat selepas merah. Apa kata kamu cuba gincu merah jambu di kedai kosmetik, pasti kamu akan terkesima dengan warna ini.
Warna Merah
Warna yang sangat trendy sekarang ini. Tatkala mengoles gincu merah dibibir pasti akan menaikkan seri wajah. Tak percaya? Kamu perlu cuba! Walaupun warnanya garang, tapi senang digayakan kemana sahaja.
Warna Nude
Warna paling digemari oleh selebriti. Pemakaian gincu nude semakin menjadi-jadi. Mungkin warnanya akan menampakkan kamu sedikit pucat, jadi untuk mengatasinya, solekan mata perlu sedikit menonjol untuk menyempurnakan keseluruhan gaya.
0 comments:
Post a Comment