Gambar-gambar ini adalah eksklusif yang kami dapat daripada rakan baik pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan nama panggilan Che Ta. Majlis harijadi yang ke 43 Che Ta yang diadakan di Restoran Intai-Intai ini turut dihadiri oleh keluarga dan rakan baik Che Ta termasuklah penyanyi Dafi dan Azza Elite.
Memang cantik betul Che Ta malam tu ah! maklumlah seri ibu mengandung, yang pastinya keknya juga bertemakan Paris dan juga tas tangan. Che Ta dan suaminya Zain Saidin mengenakan pakaian serba hitam dan juga coklat, sesuai dengan tema majlis yang ringkas tetapi eksklusif.
Pastinya orang yang paling gembira di hari jadi Che Ta ialah suaminya sendiri iaitu Zain Saidin. Hadiah paling bermakna iaitu berita kehamilan isterinya pasti membuatkan Zain tersenyum lebar sepanjang hari. Semoga kandungan Che Ta sentiasa sihat sejahtera dan dipermudahkan urusan ketika kelahiran kelak.
0 comments:
Post a Comment