Popular Posts

Blog Archive

 

+

Amyra Rosli Sedih Dituduh Tidak Berdisiplin Selalu Datang Lambat Di Set

Amyra Rosli Sedih Dituduh Tidak Berdisiplin Selalu Datang Lambat Di Set

Amyra Rosly 23, nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Nama yang semakin mendapat di hati peminat sejak membintangi drama 'Ku Cinta Kau Seorang'. Namun sejak akhir-akhir ini imej pelakon ini sedikit tercalar apabila dia dituduh tidak berdisiplin dan hingga menyebabkan dia diselar seorang pelakon senior.

Walaupun Amyra Rosli masih baru dalam bidang lakonan tetapi artis ini mempunyai potensi untuk terus maju dalam kariernya. Sedih apabila beliau dituduh tidak berdisiplin, Amyra tampil menjawab semua spekulasi yang timbul dan menafikan dakwaan itu kerana sepanjang bergelar pelakon, tidak pernah namanya dihambat kontroversi kerana isu disiplin.

Biodata Ringkas
Nama Penuh : Nur Amira Izzati Rosli
Nama Komersial : Amyra Rosli
Umur : 23 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Ibu : Noor Zaridah Ahmad
Adik-beradik : Anak sulung daripada empat adik-beradik
Pendidikan : Diploma teater Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara)
Antara Drama/Telefilem : Jodoh, Supermax, Warkah Cinta (TV AlHijrah), Cinta dan Wahyu, Ku Cinta Kau Seorang 
Klip Video : Hanya Lagu (Aliff Aziz)
Amyra telah melangsungkan pertunangan dengan pelakon Dazrin Kamaruddin pada 25 Ogos 2013

Amyra Rosli Sedih Dituduh Tidak Berdisiplin Selalu Datang Lambat Di Set

Menurusi laporan Kosmo!, Amyra berkata dia sentiasa berurusan dengan penolong pengarah mengenai call time, malah, sepanjang lapan hari penggambaran drama Baju Raya Yaya, dia tidak pernah lewat ke lokasi.
Saya tidak tahu di mana kesalahan saya apabila dikatakan lewat berkali-kali. Sedangkan setiap kali saya tiba di set penggambaran, pengarah tidak memerlukan saya dalam keadaan tergesa-gesa.
Kenyataan saya sering datang lambat seperti ingin menjatuhkan saya. Jika pelakon senior lambat tidak pula dihebohkan, apabila terkena kepada saya tiba-tiba ia meletup seperti masalah dunia.
Mengulas lanjut, Amyra berkata dia tidak mahu memperbesarkan perkara tersebut kerana menganggap ianya sudah selesai dan menegaskan hubungannya dengan pelakon senior tersebut masih baik.
Sejujurnya saya tidak mahu lagi bercakap tentang hal ini kerana semuanya sudah selesai. Pihak produksi tahu hal yang sebenarnya.
Dalam drama itu, kami bergandingan sebagai adik-beradik dan hubungan saya dengan dia sepanjang penggambaran sangat baik. Sebab itu bila isu ini timbul, saya rasa pelik dan agak terkejut.
Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan Amyra Rosly didakwa lambat datang ke set penggambaran selama tiga hari berturut-turut hingga menyebabkan pelakon senior, Fasha Sandha berang lalu meninggalkan set penggambaran drama Baju Raya Yaya.

Nasihat kami buat Amyra agar mengambil iktibar atas perkara ini dan menganggapnya sebagai asam garam bergelar anak seni.

0 comments:

Post a Comment

We Are Just Creative!

Both the Themes gallery and the Quick Styles gallery provide reset commands so that you can always restore the look of your document to the original contained in your current template.

On the Insert tab, the galleries include items that are designed to coordinate with the overall look of your document. You can use these galleries to insert tables, headers, footers, lists, cover pages, and other document building blocks. .
...More

  • lion
  • lion
  • lion

Contact

Popular Posts

About the Blog