Di mana MH370? Terbaru dari Perancis melalui imej satelit menjumpai 122 objek yang terapung di Lautan Hindi, kira-kira 2,557 km dari Perth - Berita yang diterima dari Menteri Pertahanan Malaysia.
Maklumat ini juga turut dikongsi oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein. Beliau berkata, imej yang diambil dari satelit itu pada 23 Mac. Objek berukuran dari satu meter hinggan 23 meter ada yang berwarna agak terang.
Hishamuddin:
Semalam, 25 Mac, Agensi Pengesahan Jarak Jauh Malaysia (MRSA) menerima imej satelit terbaru dari Airbus Defence and Space yang beribu pejabat di Perancis, dan imej-imej ini diambil pada 23 Mac.
MRSA menganalisa imej tersebut dan pada satu kawasan seluas 400 km persegi, kami telah mengenal pasti 122 objek berpotensi
Sesetengah objek berukuran satu meter dan ada yang berukuran 23 meter. Neberapa objek kelihatan terang, berkemungkinan menunjukkan material pejal.
Hishamuddin belum mengesahkan bahawa sama ada objek berpotensi itu datangnya dari MH370
Bagaimanapun ini adalah satu petunjuk baru yang membantu pencarian
Kami kini sudah mempunyai empat petunjuk satelit dari Australia, China dan Perancis yang menunjukkan serpihan yang berkemungkinan. Ia penting bagi kami untuk memautkannya kepada MH370. Ini akan membolehkan kami mengecilkan kawasan pencarian dan mengesan lebih banyak serpihan dari pesawat tersebut.
Laporan asal: News Australia
0 comments:
Post a Comment