Pasukan penyiasatan dakwa kapal terbang dirampas orang yang berpengalaman luas.
Misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 perjalanan dari lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing China Sabtu lalu hampir terurai. Didakwa pesawat yang hilang itu dirampas oleh orang yang berpengalaman luas dalam dunia penerbangan.
Misi menjejaki pesawat penumpang B777-200ER, tidak menolak kemungkinanan berlaku rampasan dan kini melihat sama ada seorang daripada anak kapal, termasuk juruterbang yang mengendalikan pesawat tersebut.
Kemampuan tahu cara mengelak daripada dikesan daripada radar adalah kemampuan luar biasa bagi seorang individu yang tiada asas dalam dunia penerbangan. Dakwaan ini dipekukuhkan lagi oleh Amerika Syarikat yang dinyatakan oleh media barat sebelum ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, pihak berkuasa mengubah tumpuan penyiasatan kini tertumpu kepada anak kapal dan penumpang pesawat.
"Pihak berkuasa masih menyiasat semua kemungkinan, sebab kenapa penerbangan MH370 menyimpang daripada laluan asalnya menuju ke Beijing, setelah disahkan dalam radar utama"
Pesawat MH370 dikesan kali terakhir pada jam 8.11 a.m pada sabtu lalu, transponder pesawat itu ditutup secara berasingan. Berikutan Pegawai Kanan tentera Malaysia enggan dikenali berdasarkan sisatan pada radar tentera, pesawat Boeing 777-200 dikesan membuat pusingan dengan tiba-tiba sebelum menuju ke barat laut ke arah Lautan Hindi.
"Ia perlu juruterbang yang pakar dan kompeten. Dia tahu cara mengelak radar berkenaan" kata pengawai berkenaan.
Pakar analisi berkata, kejadian dalam kokpit jika terjadi tekanan dalam kabin secara tiba-tiba atau kerosakan mekanikal yang lain yang lemahkan juruterbang, kesilapan juruterbang itu boleh mebawa bencana atau lebih banyak kemungkinan contoh seperti kapal terbang dirampas oleh perampas atau lanun atau mungkin tindakan juruterbang membunuh diri.
Amerika Syarikat tidak menolak kemungkinan penerbangan MH370 diterbangkan ke satu tempat rahsia supaya ia boleh diguna kemudian hari. Kali terakhit pesawat berhubung dengan satelit kemungkinan di dalam dua koridor, iaitu koridor utara yang dianggarkan menjangkau dari sepadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga utara Thailand atau koridor selatan mengunjur dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
Misteri kehilangan pesawat membawa banyak kemungkinan mengapa pesawat MH370 dirampas. Adakah ia untuk digunakan masa akan datang untuk bertujuaan jahat?
0 comments:
Post a Comment