Berita mengenai pesawat MH370 yang hilang dalam radar secara tiba-tiba yang masih belum ditemui, walaupun sudah lebih 70 jam misi mencari dan menyelamat dibuat masih kekal misteri sehingga hari ini. Menjadi tanda tanya seluruh rakyat Malaysia serta negara luar.
Semua pihak termasuklah rakan artis dan selebriti tanah air, kini sedang giat mendoakan kesejahteraan kesemua 227 orang penumpang dan 12 orang anak kapal yang hilang.
Terkini, selebriti chef terkenal, Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan turut melahirkan rasa simpati terhadap mangsa yang terbabit.
Masih ingat jika sebelum ini, Chef Wan pernah mengkritik menu yang dihidangkan di dalam pesawat Malaysia Airliness (MAS) sebagai menu yang tidak lengkap dan menyifatkan makanan itu sebagai ‘Nasi Lemak Telanjang’.
Namun, Chef Wan dilihat mengetepikan kritikannya sebelum ini dan meluahkan rasa simpatinya kepada seorang krew penerbangan MH370 yang dikenali sebagai ‘Rainhasnan’.
Chef Wan melalui laman sosial Instagram miliknya berkata, dek kerana urusan kerja, dia kerap ke luar negara dan sering berjumpa dengan krew tersebut.
Dalam pada itu, Chef Wan juga turut mendoakan keluarga krew terbabit agar dapat bersabar dan terus berdoa supaya mendapat kekuatan.
Apa-apa pun, marilah bersama kita berdoa supaya pesawat MH370 segera dijumpai dan semoga semua keadaan penumpang dan anak kapal berada dalam keadaan selamat. Amin
0 comments:
Post a Comment