Terbaru, timbul pula isu Eina meninggalkan set penggambaran filem usahasama Malaysia-Indonesia, berjudul ‘Kuntilanak Ciliwung’ selepas berlakunya pertengkaran antara dia dan penerbit filem tersebut.
Menurut laporan Malaysian Digest, Eina dikatakan berang setelah permintaannya untuk kembali ke Kuala Lumpur pada 6 Mac tidak ditunaikan. Namun, lebih memeranjatkan apabila Eina mendakwa dirinya bukan sahaja tidak diberi kontrak, malah turut diminta melakonkan aksi ranjang.
Okay sedikit yang saya boleh katakan, saya tidak diberi kontrak. Bayangkan bagaimana saya mahu meneruskan pengggambaran. Saya bekerja di negara orang, kalau apa-apa jadi, siapa yang mahu bertanggungjawab dan apa jaminan saya.Selain itu, saya juga disuruh berlakon aksi-aksi di atas katil. Berdasarkan skrip saya, saya perlu melakonkan babak-babak tersebut.
Mengikut portal OhBulan, Eina benar-benar berang dengan tindakan produksi filem tersebut dan berjanji akan mengadakan sidang media khas untuk menjelaskan situasi sebenar.
Dalam pada itu, pelakon filem ‘Ratu The Movie’ ini enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut kerana bimbang disalah tafsir oleh pihak lain.
Saya belajar dari kesilapan dulu, saya takut salah cakap lagi nanti saya yang kena teruk. Jadi saya tak mahu komen apa-apa.
Sementara itu, Eina kini sudah melantik Usop Wilcha sebagai perunding yang telah dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan isu berkenaan.
0 comments:
Post a Comment