Siapa 9 Selebriti Malaysia Miliki Kening Paling Cantik (9 Gambar) ? Kiranya kening yang terukir indah dan sesuai dengan raut wajah. Nurul Elfira Loy? Fauziah Ghous? Maya Karin? Nora Danish? Kami senaraikan 9 selebriti pilihan.
1. NURUL ELFIRA LOY
Rasanya semua orang tahu pelakon genit ini memiliki kening yang sungguh tebal dan bentuk terukir cantik. Malah, kening tebal juga merupakan imej Elfira Loy.
2. WAWA ZAINAL
Pelakon yang sudah memakai hijab dan juga isteri kepada pelakon Aeril Zafrel ini memiliki kening yang cantik dan tebal, sesuai dengan raut wajahnya yang manis dengan lesung pipit di kedua belah pipi.
3. NORA DANISH
Nora Danish sentiasa muncul dengan imej kening tebal dan kemas.
4. MAYA KARIN
Penulis sukakan kening pelakon serba boleh ini. Panjang, hitam pekat, tidak terlalu tebal dan elok sahaja sesuai dengan bentuk muka Maya Karin.
5. FOUZIAH GOUS
Pelakon yang mempunyai bentuk badan menawan dan kekal langsing ini boleh dikatakan memiliki kening yang cantik terukir persis pelakon Bollywood.
6. FAZURA
Antara pelakon paling cantik di Malaysia ini tidak dapat disangkal lagi kecantikan dan keanggunannya mengenakan apa sahaja fesyen. Fazura tidak terkecuali miliki kening yang sesuai dengan raut wajah.
7. EMMA MAEMBONG
Miliki sepasang mata yang cukup menawan, Emma Maembong juga miliki bulu kening yang cantik dan tersusun.
8. LISA SURIHANI
Kami sukakan penampilan Lisa Surihani yang simple dan sentiasa ceria. Pelakon ini tidak memerlukan solekan tebal di wajah kerana sudah miliki kecantikan asli malah dengan bentuk kening yang sesuai di wajahnya.
9. IZARA AISHAH
Sejak membintangi drama ‘Vanilla Coklat’, nama Izara Aishah semakin menjadi sebutan. Pelakon ini juga miliki kening panjang dan cantik terukir seperti pelakon Bollywood.
Sumber gambar via Instagram & Facebook artis berkenaan
0 comments:
Post a Comment