Sebelum ini, kami pernah menyiarkan mengenai desas-desus yang mengatakan pelakon dan pengacara Zizan Razak bakal mengikat kontrak bernilai RM2 juta bersama pihak pengurusan Astro.
Bagaimanapun, ketika itu dia belum membuat sebarang pengesahan kepada media kerana masih belum dihubungi pihak berkenaan.
Ha, nampaknya kali ini ia bukan sekadar khabar angin sahaja!
Zizan kini sah berada di bawah pengurusan Astro dan ia diakui oleh pelakon itu sendiri menerusi Berita Harian.
Katanya, dia mengharapkan kerjayanya akan lebih bagus kerana sudah diuruskan oleh pihak yang lebih profesional.
“Saya juga akan sama-sama berbincang untuk memantapkan lagi kerjaya saya dalam semua bidang yang diceburi,” ujar kekasih kepada Emma Maembong itu.
Secara tidak langsung, Zizan kini sudah melangkah keluar dari syarikat lamanya iaitu Wireframe yang masih akan terus beroperasi seperti biasa.
Itulah yang dinamakan rezeki datang bergolek…
0 comments:
Post a Comment