Kisah Seram Akibat Tak Mandi Wajib... Kisah ini bukan berlaku pada saya tapi pada kawan kakak saya. Kisah in
berlaku kira2 pada tahun 80an. Kakak saya mempunyai kawan perempuan
yang agak terkenal akan kenakalannya, namanya Ju.
Orangnya ambil tak endah tentang pantang larang dan suruhan agama. Kalau
datang bulan tak pernah mandi hadas atau mandi wajib. Apa yang berlaku,
satu hari dia bersiar2 dengan teman lelakinya di kawasan Clementi Woods.
Sedang asyik mereka berbual2 di situ, tiba2 teman lelakinya nampak cemas
dan terus ajak pulang.Dia pun mula rasa marah kerana teman lelakinya tak
cakap kenapa tergesa2 ingin pulang siang2.
Dia ni selalu gaduh dengan ibunya jadi selalulah dia tidur di rumah kawan.
Sebab tulah tak sukabalik siang. Kerana terpaksa, dia pun pulang. Kerana
dia ni tak ada pantang larang, dia balik, bukapintu, dalam gelap2 dia
masuk bilik.
Tak cuci kaki, tak cuci muka, terus baring di atas katil.Tiba2 sedang dia
pejamkan mata, dia terdengar bunyi macam orang mengebas cadar,kuat
bunyinya. Kemudian dia terasa bulu romanya berdiri dari kaki hingga ke
tengkuk.
Dia pun cubalah baca2 apa yang dia tahu tapi dalam keadaan kotor, baca apa
pun tak guna. Kemudian diaterdengar bisikan di telinga, “Nak tidur Ju???”
Dia tak pasti samada dia dengar “Cu” atau “Ju” iaitu namanya.
Walaupun sedang dalam keadaan takut, dengan mata tertutup, dia merangkak
di lantai dan menuju ke pintu. Dia tahu selok-belok bilik itu kerana ada `katil
dan satu almari di tepi sahaja,jadi tengah2 semua kosong.Namun, semasa
merangkak di tengah bilik, dia terlanggar sesuatu. Dia pun apa lagi,terus cepat2
meluru ke pintu dalam keadaan merangkak.
Dia terus mengetuk bilik kawannya. Lama juga baru kawannya buka dengan
suaminya di sebelah. Kerana suaminya tahu sedikit pasal benda2 ni, apalagi
muka suaminya punyalah berang. Marah apabila dia tengok dan dia tahu apa
terjadi tak payah cerita pun. “Kau pergi mandi sekarang,menyusahkan orang
aje bawak benda2 ni balik…”
Sesudah mandi, dan suami kawannya dah halau benda tu keluar, dia nak
tidur dalam bilik temannyatapi suami temannya tak benarkan, memang
padan muka dia. Semasa dia di dalam bilik itu dengan senaskah Al-Qur’an
di tepi kepala, dia masih terdengar bunyi cakaran di tingkap. Berdesing
telinganya. Maklum tingkap dulu kan tingkap jenis aluminium… -FM
0 comments:
Post a Comment