JERTIH – Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah
di daerah ini mendakwa dicabul oleh guru agama perempuan sekolahnya pada
waktu persekolahan pagi Jumaat lalu. Pelajar Perempuan Di Terengganu Dakwa Buah Dadanya Diramas Ustazah!
Difahamkan, kejadian itu berlaku jam 9 pagi ketika mangsa berada di koridor
bangunan kelas untuk menunggu kedatangan bapanya ke sekolah bagi bertemu
guru untuk membincangkan masalah mangsa yang dipukul pelajar perempuan
lain sehari sebelum itu.
Menurut sumber, ketika berada di koridor itu, mangsa terserempak dengan
ustazah tersebut yang menegur kain tudung dipakainya selain bertanya khabar
mengenai kejadian dia dipukul.
Mangsa kemudian mendakwa ustazah tersebut telah meramas buah dadanya
ketika memeriksa tudung dipakainya sehingga menyebabkan mangsa berasa sakit.
“Mangsa menangis kesakitan dan memaklumkan kejadian itu kepada bapa dan
ahli keluarganya sebelum bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung
Raja,” katanya.
Difahamkan juga ustazah terbabit turut membuat laporan polis terdahulu
sebelum itu.Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd
Zakaria ketikadihubungi mengesahkan menerima laporan, bagaimanapun
enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu. – SINAR HARIAN-
* gambar hiasan
0 comments:
Post a Comment