Popular Posts

Blog Archive

 

+

Kenapa Perlu Kahwin Muda

Kenapa perlu kahwin pada usia yang muda? Tak boleh ke kalau couple dahulu agak-agak umur dah nak senja, masing-masing dah punyai kerjaya rasanya lebih elok. Jadi topik untuk kali ini 'kenapa perlu kahwin muda' adalah 1 topik yang sudah menjadi klise kepada mana-mana si teruna dan dara. Dahulunya kita sering dengar kisah perkahwinan nenek moyang yang mendirikan rumah tangga di usia muda seawal 18 tahun lagi. Tetapi zaman globalisasi ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?

Kenapa Perlu Kahwin Muda

Mungkin pasangan kekasih selalu mengelak untuk berkahwin muda kerana ia seolah-olah halangan untuk melakukan banyak perkara sebelum sah menjadi suami isteri. Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan kebaikannya

Elak dari perbuatan terkutuk
Perkahwinan di usia muda sememangnya baik kerana ia dapat membendung banyak perkara buruk dari berlaku di kalangan remaja. Ia dapat mengelakkan dari pasangan yang sedang dilamun cinta terlanjur perbuatan dan sekaligus mengurangkan kes pembuangan bayi.

Tuntutan agama
Mendirikan rumah tangga seumpama kita mendirikan sebuah masjid. Ia adalah satu tuntutan agama yang disarankan dalam Islam. Hubungan percintaan digalakkan untuk mempercepat urusan pernikahan jika sudah cukup syarat dan layak untuk berkahwin.

Mematangkan diri
Perkahwinan sebenarnya boleh mematangkan diri seseorang apabila mereka ada rasa tanggungjawab dengan pasangan yang mereka nikahi. Ini kerana perhubungan yang diijab kabulkan secara sah dapat menimbulkan sikap untuk menjaga pasangan hidup kita dan lebih ke arah kekeluargaan.

Memperbaiki diri
Sah sahaja ikatan perkahwinan, ia bukan hanya dapat mematangkan diri kita. Malah, ia dapat memperbaiki diri kita untuk menjadi seorang yang lebih baik. Sering kita dengar di kalangan remaja berusia 18 hingga 24 tahun selalu mempunyai masalah sosial. Jadi, perkahwinan di usia muda dapat mengubah diri dan sikap ke arah yang baik.
Elak fitnah
Sering kali kita mendengar dan melihat pasangan kekasih berusia muda pergi bercuti bersama-sama tanpa ikatan yang sah. Bak kata orang, tidak manis jika dilihat orang. Apa kata nikahi sahaja orang yang anda sayang secepatnya. Ini bukan sahaja dapat mengelakkan terlanjur, malah juga mengelakkan fitnah dan perkara yang tidak diingini.

0 comments:

Post a Comment

We Are Just Creative!

Both the Themes gallery and the Quick Styles gallery provide reset commands so that you can always restore the look of your document to the original contained in your current template.

On the Insert tab, the galleries include items that are designed to coordinate with the overall look of your document. You can use these galleries to insert tables, headers, footers, lists, cover pages, and other document building blocks. .
...More

  • lion
  • lion
  • lion

Contact

Popular Posts

About the Blog