Nabila Huda atau mesra disapa Abil sudah tidak kesah ditegur peminat kerana selalu berpakain seksi? Terbaru foto melalui istagram yang menampakkan sebahagian dada Abil telah mengundang kritikan peminat. Namun artis jelita ini dilihat tidak langsung terjejas dengan cemuhan dan kritikan diterima. Mungkin sudah biasa dengan kontroversi yang sering melanda dirinya?
Isu berpakaian seksi dan terdedah bukanlah isu baru bua tartis ini, malah setiap fesyen yang dipakai pasti akan menjadi perbualan hangat di laman sosial.
Baru-baru ini, sekali lagi pelakon jelita ini dikritik apabila dia memuat naik beberapa keping foto miliknya ketika menyambut ulang tahun kelahiran salah seorang rakan. Foto Nabila Huda bersama rakan-rakannya dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Foto yang dimuat naik melalui laman sosial Instagram miliknya yang jelas mendedahkan sebahagian payudaranya itu, telah mengundang kritikan hebat daripada peminat.
Melalui foto-foto tersebut, ramai yang berpendapat bahawa pemakaian Abil itu tidak senonoh. Malah, ada juga yang menasihati Abil supaya menjaga adab-adab sebagai muslimah.
Dalam pada itu, peminatnya juga meminta supaya Abil berubah dan tampil dengan imej yang lebih sopan. Bagaimanapun, semua kritikan tersebut dibiarkan sepi dan tiada respon dari empunya diri.
Kalau nak tahu, Abil sebelum ini pernah dikritik hebat atas penampilannya yang dianggap ‘daring’ oleh peminat hingga dia bertindak menegur peminat melalui Instagram kerana berang dengan kritikan pengguna laman sosial yang menegur caranya berpakaian.
Nampaknya, Abil sendiri sudah tidak ambil pusing dengan kata-kata cemuhan dari peminat-peminatnya. Apa-apa pun jom kita lihat foto terbaru Abil dari istagram.
0 comments:
Post a Comment