Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenal sebagai Chef Wan, mempersenda isu pesawat MH370 yang hilang. Jika sebelum ini Chef Selebriti dilihat amat prihatin dengan isu MH370 dan turut menyampaikan rasa simpatinya. Apabila membaca caption di Istagram Che Wan agak terkejut kononnya untuk bergurau tapi rasanya tidak sesuai mengaitkan isu pesawat MH370
Terkini, menerusi laporan Astro Awani, Chef Wan dikatakan telah berjenaka mengenai penemuan pintu kapal terbang di sebuah pantai.
Mungkin niat Che Wan untuk memerli mereka yang mendakwa kononya terjumpa bangkai pesawat di kawasan tertentu. Tapi apapun, kapsyen Chef Wan itu nampak seolah-olah tidak sensitif dengan isu pesawat (MAS) yang hilang. Menyatakan bahawa objek yang disangkanya sebagai pintu kapal terbang Boeing 777 itu merupakan ‘pintu jamban rumah Cik Kiah’.
Walaupun foto yang dimuat naik menerusi laman Instagram telah pun dipadam, gurauan tersebut dilihat telah menyentuh sensitiviti masyarakat apabila pengikutnya sepakat mengecam tindakan itu.
Seharusnya, sebagai seorang selebriti, Chef Wan perlu lebih berhati-hati apabila mengeluarkan sebarang kenyataan walaupun sekadar untuk berjenaka, kami memohon ahli politik, selebriti kenamaan supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang kurang enak mengenai pesawat MH370 kerana anda perlu menjaga sensitiviti keluarga mangsa kerana apabila kontroversi telah timbul, ‘kerosakan’ yang dibuat akan lebih susah untuk diperbetulkan semula.
0 comments:
Post a Comment