Tips: Cara Untuk Mendapatkan Punggung Cantik Bebas dari Jerawat |Tiada siapa inginkan jerawat. Tak kisahlah di mana jerawat tumbuh, seseorang itu akan berubah menjadi pasif, rendah diri, berangin dan banyak lagi emosi yang datang disebabkan ketumbuhan jerawat. Jerawat juga boleh muncul di bahagian punggung seseorang. Dan apabila ianya tumbuh, anda harus tahu cara penjagaan agar punggung anda bebas dari segala kekotoran. Kami kongsi tips.
Mandi
Langkah mudah untuk mengatasi masalah jerawat adalah rajin mandi setelah bekerja setiap hari. Mandi dapat menghilangkan bakteria dalam tubuh dan yang menyumbat liang. Apalagi selepas bersenam atau banyak mengeluarkan keringat.
Pakai pakaian yang longgar
Kulit punggung pun perlu bernafas, lebih baik elakkan memakai pakaian ketat terlalu lama apalagi dengan bahan yang tidak menyerap peluh. Pilih pakaian longgar untuk aktiviti berat yang menyebabkan peluh.
Scrub
Lakukan scrubbing seluruh badan dan terutama bahagian punggung untuk membantu proses pengelupasan sel kulit mati sekurang-kurangnya seminggu sekali. Jangan dilakukan ketika punggung sudah berjerawat nanti padah yang datang.
Makanan berminyak
Elakkan pengambilan makanan yang berminyak, dan juga makanan dengan indeks glisemik tinggi seperti gula dan karbohidrat. Cukup pengambilan air dalam tubuh dapat membantu menyingkirkan jerawat.
Tekanan
Tekanan ternyata boleh menyebabkan keradangan pada kulit. Atasi dengan berfikir positif untuk menormalkan emosi dan fikiran .
0 comments:
Post a Comment