Popular Posts

Blog Archive

 

+

Gaya Royal Tour Kate Middleton

Gaya Kate Middleton sentiasa menjadi tumpuan dan peluang menyaksikan Duchess of Cambridge ini bergaya dalam lawatan rasmi bersama suaminya Duke of Cambridge, Putera William sepanjang jelajah diraja selama tiga minggu ini amat dinantikan. Kate dikhabarkan mengenakan 30 persalinan untuk pelbagai acara yang perlu dihadirinya dan kali ini putera comel turut memenuhi agenda gaya keluarga diraja ini.
 
Kate yang sentiasa tampil anggun hasil daripada kerjasama pembantu peribadinya Natasha Archer dan juga pendandan peribadinya Amanda Cooke Tucker tampil menawan dalam setiap acara. Saksikan himpunan gaya Royal Tour berikut.

  • The Duchess of Cambridge, Catherine Middleton ketika baru tiba di Wellington, New Zealand dalam rangka lawatan diraja selama tiga minggu dengan busana Catherine Walker. Gambar: TPGNEWS

  • Anggun dalam Alexander McQueen ketika lawatan ke memorial perang di New Zealand. Gambar: XPOSUREPHOTOS.COM/TPGNEWS

  • Dress menawan ini rekaan khas Jenny Packham yang turut mengetengahkan perincian perak simbol New Zealand. Gambar: TPGNEWS

  • Untuk lawatan yang lebih lasak, Kate menyarung celana J Brand dan sepatu baji Russell & Bromley kegemarannya. Gambar: XPOSUREPHOTOS.COM/TPGNEWS

  • Ibu kepada Putera George ini tampil berseri dengan kot hijau rekaan Erdem. Gambar: XPOSUREPHOTOS.COM/TPGNEWS

  • Dalam lawatan ke Christchurch, Kate serba merah dalam sut Luisa Spagnoli. Gambar: REX/TPGNEWS

  • Sut tweed rekaan Rebecca Taylor menjadi pilihannya sebelum berangkat ke Sydney. Gambar: XPOSUREPHOTOS.COM/TPGNEWS

  • Sebagai penghormatan kepada warna kebangsaan Australia, Kate memilih dress serba kuning rekaan Roksanda Ilincic ketika tiba di Sydney. Gambar: WENN.COM/TPGNEWS

  • Lawatan ke Blue Mountain menyaksikan Kate menggayakan dress rekaan Diane Von Furstenberg. Gambar: TPGNEWS

  • Memilih rekaan pereka tempatan Australia Zimmermann ketika meraikan Easter di sana. Gambar: INFPHOTO.COM/TPGNEWS

  • Kate tampil anggun dengan kot dan tas kepit Alexander McQueen, topi Jane Taylor dan sepatu LK Bennett. Gambar: INFPHOTO.COM/TPGNEWS

  • Kate memilih dress dengan cetakan bunga biru dari LK Bennett, clutch Oroton dan sepatu Alexander McQueen. Gambar: TPGNEWS

  • Dress santai dari Hobbs ini menjadi pilihan Duchess of Cambridge ke Ayers Rock. Gambar: TIM ROOKE/TPGNEWS


Gambar: TPGNEWS

View the original article here

0 comments:

Post a Comment

We Are Just Creative!

Both the Themes gallery and the Quick Styles gallery provide reset commands so that you can always restore the look of your document to the original contained in your current template.

On the Insert tab, the galleries include items that are designed to coordinate with the overall look of your document. You can use these galleries to insert tables, headers, footers, lists, cover pages, and other document building blocks. .
...More

  • lion
  • lion
  • lion

Contact

Popular Posts

About the Blog