Risau gagal dalam subjek yang diambil, seorang pelajar berusia 20 tahun sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Arau, Perlis terpaksa merelakan dirinya dicabul oleh seorang pensyarah yang juga penceramah dan pakar motivasi terkenal.
Sumber memberitahu, pelajar perempuan mendakwa diperlakukan sedemikian oleh pensyarah berusia 40-an itu ketika berada dalam bilik suspek di IPT berkenaan, jam 2.30 petang Jumaat lalu (28 Mac 2014).
Mangsa pergi ke bilik pensyarah berkenaan selepas diminta datang, kononnya bagi melakukan ulang kaji. Sebaik memasuki bilik itu, suspek didakwa duduk di sebelah pelajar berkenaan sebelum meraba kaki mangsa. Mangsa yang terkejut cuba menghalangnya namun takut dan terpaksa merelakan perbuatan pensyarah. Mangsa mendakwa dicabul kehormatan termasuk payu daranya diramas oleh pensyarah berusia 40-an.
Kini, mangsa tidak sanggup lagi diperlakukan sedemikian oleh pensyarah yang sering muncul dalam beberapa program televisyen dan radio itu tampil membuat laporan di Balai Polis Arau pada Isnin lalu selepas selesai peperiksaan akhir semester. Polis sudah mengambil keterangan mangsa dan sedang mengesan suspek yang kali terakhir berada di bandar ini.
Sumber:Harian Metro, Berita Harian
0 comments:
Post a Comment