Anggota keluarga kepada warganegara China dalam pesawat MH370 dilapor membaling empat petugas Malaysia Airlines (MAS) dengan botol air di Beijing.
Ia berlaku apabila pekerja syarikat penerbangan itu tidak dapat memberi maklumat terkini berhubung pesawat hilang itu, lapor New York Times.
“Semua orang Malaysia penipu!” jerit seorang lelaki dalam bahasa Cina sambil menambah, “Kamu tahu apa maksud penipu?”
“Beritahu dia dalam bahasa Inggeris,” jerit lelaki China itu kepada seorang pekerja lain yang bertindak sebagai penterjemah.
Seramai 138 warganegara China dalam pesawat itu.
Sumber: Malaysiakini
0 comments:
Post a Comment