Jika kita sudah sedia maklum bahawa pemakaian kasut tumit tinggi boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian kaki dan sakit belakang, kasut flat juga boleh memberikan kesan buruk pada kesihatan.
Walaupun kasut flat lebih selesa dipakai, namun tidak bermakna ianya baik untuk kesihatan anda.
Kasut flat seperti sandal gladiator dan ballet flat hanya menjarakkan kaki anda dengan tanah lebih kurang dua sentimeter sahaja dan ia juga tidak memberi sokongan kepada lengkungan kaki dengan baik.
Masalah kesihatan
Shin Splints adalah istilah yang digunakan untuk menghuraikan kesakitan yang sering dialami selepas mengikuti aktiviti seperti berlari, bermain bola dan mendaki bukit. Biasanya ia berlaku akibat “kejutan” otot kerana sudah lama tidak melakukan senaman. Kesakitan ini biasanya di alami di bahagian kaki antara buku lali dan lutut.
Mengabaikan kecederaan ini boleh menyebabkan keadaan yang lebih serius seperti patah tekanan tulang. Kasut flat yang tidak menyokong kaki dengan baik akan menyebabkan kecederaan seperti ini kerana kaki anda terpakda berusaha keras dalam mengekalkan keseimbangan.
Kasut flat juga boleh menyebabkan kesakitan dan kesan bengkak pada tumit jika anda terutaman jika anda banyak melakukan aktiviti berjalan.
Memakai kasut flat seperti kasut pam ballet juga akan mengakibatkan anda jalan seperti menyeret kaki dan belakang kasut anda akan haus dengan lebih cepat. Faktor ini juga akan mengakibatkan kaki anda seperti masuk ke dalam dan menambahkan tekanan pada bahagian ligamen dan tendon sekaligus akan menyebabkan kesakitan pada bahagian lutut.
Menurut Mike O’Neill, jurucakap Persatuan Chiropodists dan Podiatrists, kasut flat juga memberi tekanan tendon Achilles di bahagian belakang tumit, dan juga otot betis di belakang kaki . Kesakitan boleh berterusan sehingga 2 minggu.
Tiada serapan hentakan juga membawa kepada kesakitan tumit yang dipanggil plantar fasciitis.
Kasut terbaik
Jika kasut tumit tinggi tidak baik untuk anda, tumit rata juga tidak, jadi kasut yang bagaimana yang terbaik untuk kaki anda? Kasut dengan tapak setebal tiga hingga lima sentimeter lebih mampu menampung lengkungan kaki anda dengan lebih baik.
Sumber : 1, 2
0 comments:
Post a Comment