Pengarah tersohor yang sebelum ini pernah menjulang nama sebagai Pengarah Terbaik Drama Anugerah Skrin untuk beberapa kali, Erma Fatima , baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi apabila meletakkan caption yang agak menyentuh sensitiviti agama pada satu gambar yang dimuatnaik di laman baru-baru ini.
Bila MELAYU berkata-kata ! KEMBAN LEBIH BESAR ISUNYA dari sejarah kejatuhan Melaka! Malunya menjadi MELAYU yg melihat dgn lutut berkata kata dgn siku. Soal hukum tdk ada sesiapa mampu mempertikaikanya.TAPI menghukum bukan kerja yg tuhan tugaskan kpd manusia. AKU SALAH kerana melanggar hukum KEMBAN ! Kalian BENAR kerana menjadi juri d bumi tuhan? Aku terima hukuman kalian! Andai KEMBAN membawa ku ke neraka…aku redha…TAPI aku ada tugas yg besar yg harus ku laksanakan utk melengkapkan hidup aku di ats bumi Allah ini. Bukan hanya utk agama tetapi juga utk bangsaku. Jadi kpd yg berniat utk mengutuk…silakan…ianya tidak sama sekali meninggalkan kudis ke ats aku. TAPI kepada yg menegur, terima kasih dan mohon maaf kerana aku melakarkan sejarah. Sudah pasti sejarah tdk akn menghalalkan cara. Tp sejarah bkn sesuatu yg bole di tukar suka2 dan bila2. Salam maaf dr sy. Kpd yg sudi…jemput2lh menonton TAKHTA sy bila d tayangkan nanti. NAMUN jgn hanya d tonton KEMBANNYA…di lihat juga bgaimana kekuatan sebuah empayar Melaka runtuh kerana rakyatnya demdiri.76Ketika ini, Erma sedang mengarahkan sebuah filem berjudul Takhta, dibintangi Erra Fazira, Soo Wincci, Awie, Elly Suriati dan aktress kelahiran Indonesia, Feby Febiola. Melihatkan gambar-gambar yang dimuat naik di laman instagramnya, filem ini berlatarkan sejarah zaman Sultan Mansur Shah tahun 1456.
Sebelum itu, Erma telah memuatnaik banyak gambar-gambar babak filem dan pelakon wanita dalam filem berkenaan yang memakai kostum berkemban.
Mungkin kurang senang dengan kostum berkenaan, maka ramai followers yang memberi reaksi negatif tentang kostum kemban yang dikatakan seksi .
Bait ayat yang mencetuskan kontroversi di adalah apabila Erma mengutarakan Caption yang mengundang kontroversi di situ adalah “Andai KEMBAN membawa ku ke neraka…aku redha..”. Secara literalnya, ramai yang akan mentafsir bahawa Erma sanggup mengenepikan hukum Tuhan demi menjayakan filemnya. tersebut ditulis dengan ayat yang bagi penulis berbentuk sedikit artistik dan mungkin juga Erma mempunyai maksud lain.
Berikutan caption gambar tersebut, ramai followers Erma yang memberikan komen negatif dan positif tentang perkara tersebut, berikut merupakan antara komen balas dari Erma.
Rasanya cukup2lah isu ni nk d perbesarkan. Sy dh mengaku salah…sy terima segala cemuhan dan hukuman yg anda semua jatuhkan kpd sy. Anda yg sebut pasal neraka bila sy jwb sy redha di katakan pulak sy ni sanggup masuk neraka kerana kemban. Sapa yg membawa isu dosa pahala dan syurga neraka skrg ni? Tdk pernah sy kata apa yg sy buat ni betul dan tdk pernah juga sy kata sy memilih bangsa dr agama. Yer sy jahil…tk cukup ilmu agama d dada..tk sehebat anda semua. Sy sgt sedar itu. Sy tdk sempurna…byk lg yg perlu sy belajar utk melengkapkn diri sy sebagai seorang muslim. Tp perdebatan kita yg membawa kpd cerca hina tentang isu kemban ini memalukan agama dan bangsa. Kalau org bkn islam baca tdk kh mereka mentertawakan kita kerana bertelagah beriya iya sampai mengheret sy ke neraka gara2 kemban. Islam apakah yg kita cuba paparkan disini? Andai kunci neraka ada d tangan kita, sudah ramai org islam yg membuat kesilapan di heret masuk ke neraka. Jd kpd yg dh menyampah dan merasa hina sgt sy ni sebagai seorang muslim yg memaparkan kemban dlm drama sy, lbh elok tinggalkn aja ig sy ni. Org seni mcm sy…tk cukup ilmu agamanya…tk lari membuat kesilapan. Jgn d heret dosa sy bersama org2 yg mulia spt anda semua. Sekali lg ampun dan maaf dr sy. Permintaan dr sy hanya satu…jgn d tafsir kata2 sy mengikut tafsiran sendiri menggunakan emosi. Berbicaralah menggunakan akal. Bukankah islam itu penuh dgn kelembutan. Kalau ada ig zaman rasulullah…agak2nya mereka menegur hingga bertelagah menghukum dan mengheret pendosa ke neraka kah?Dalam komen tersebut, pengarah tersebut ada membuat permohonan maaf terhadap kenyataanya sebelum ini. Namun masih ramai yang tetap menghentamnya.
Ai tk hbs lagi ker? Tk faham bahasa ker? Apa punya jenis manusia dan islam kau org ni. Kalau sy jahil…tkde ilmu agama…cara kau org ni beragama sgt ker? Sy dh kata sy minta maaf. Apa lg? Masih nk hentam lg. Tk puas lg ke? Nk bg puas hati kau org sampai tahap apa ye@schaqieyna92 @angelichouse
Namun ada juga yang memberi komen yang positif .
Mungkin Erma mahu menegaskan yang tindakan beliau hanya untuk memberi gambaran sebenar tentang situasi pada zaman tersebut. Bagaimana pula pendapat anda?
0 comments:
Post a Comment