SENAI - Seorang lelaki ditemui mati dalam sebuah kereta jenis Perodua Kenari di sebuah ladang berhampiran kawasan perkuburan Cina di Jalan Kulai-Kota Tinggi di sini, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Ruslan Khalid berkata, pihak polis menerima panggilan orang awam mengenai penemuan lelaki berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi dan bergegas ke lokasi untuk menyiasat kejadian.
“Ketika tiba di lokasi, pihak polis menemui seorang lelaki di tempat duduk hadapan dalam keadaan sudah tidak sedarkan diri. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.
Katanya, lelaki berusia lingkungan 40-an itu merupakan warga tempatan dan kes disiasat sebagai kematian mengejut.
Mayat dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim untuk bedah siasat. -Sinar
0 comments:
Post a Comment