Lelaki yang bekerja sebagai seorang eksekutif ini telah bertindak menghantar gambar dengan pose tidak senonoh miliknya sendiri kepada kekasihnya yang dikenali melalui internet selepas 3 jam berkenalan. Kejadian ini dilaporkan berlaku di Kerteh ,Terengganu. [Gambar diatas sekadar hiasan]
Kita mungkin sudah biasa dengar kes golongan wanita menerima ugutan penyebaran gambar seksi atau lucah milik mereka dari teman lelaki atau suami. Namun , lain pula dengan kes yang dilaporkan akhbar Harian Metro ini dimana kes ini berlaku kepada seorang lelaki.
Lelaki tersebut juga telah memberi nombor telefonnya kepada gadis yang hanya dikenali sebagai nama Alexa. Lelaki berusia 36 tahun itu juga mendakwa beliau termakan kata-kata manis gadis berkenaan.
Walaubagaimanapun, gadis berkenaan kemudiannya menggugut untuk menyebarkan gambar berkenaan jika lelaki berkenaan tidak membayar wang kepadanya. Panik dengan ugutan tersebut, lelaki tersebut kemudiannya memasukkan RM 600 ke dalam akaun bank gadis berkenaan.
Keadaan menjadi bertambah sulit apabila mangsa kemudiannya menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mengaku sebagai teman lelaki Alexa dan lelaki itu sekali lagi diugut dan terpaksa memberikan wang sejumlah RM 1500 . Ugutan tersebut tidak berakhir di situ kerana mangsa terus-terusan diugut dan dan diminta memberikan wang yang lebih banyak.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana pemerasan.
0 comments:
Post a Comment