Negara yang mempunyai rakyat beragama Islam seramai 70 % daripada jumlah penduduknya telah pun melaksanakan hukum hudud mulai semalam. Perkara tersebut telah pun diumumkan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dalam majlis Deklarasi Perintah Kanun Keseksaan Jenayah Syariah 2013 Fasa Satu di Pusat Konvensyen Antarabangsa.
Perundangan syariah tersebut bakal dilaksanakan secara berperingkat-peringkat selama tiga tahun, bermula dengan kesalahan-kesalahan ta’zir (seperti kesalahan khalwat dan perbuatan tidak sopan)
Sebelum ini, perlaksanaan ini telah ditangguhkan akibat menerima kecaman Majlis Hak Asasi Manusia PBB atas alasan “sangat bimbang” dan mendakwa, hukuman seperti merejam dengan batu diklasifikasi undang-undang antarabangsa sebagai hukuman “penderaan kejam dan tidak berperikemanusiaan.”
Tidak mengubah pendirian walaupun menerima kecaman sebegitu, Sultan Hasanal tetap dan tegas dengan pendirian tersebut. Menurutnya dalam laporan Utusan Malaysia, Brunei tidak mengharapkan negara lain bersetuju atau menerima pelaksanaan hukum hudud, namun memadai dengan menghormati keputusan negara ini sebagaimana Brunei menghormati pihak luar.
Dalam fasa satu, hukuman yang diperuntukkan adalah denda dan hukuman penjara.Fasa kedua pula menyaksikan hukuman potong tangan dan sebatan, sementara rejam sehingga mati bakal dilaksanakan dalam fasa tiga.
Selai itu, Sinar Harian Online melaporkan bahawa kerajaan Brunei telah mengharamkan 19 perkataan untuk bukan Islam antaranya, azan, baitullah, masjid, al-Quran, fatwa, firman ALLAH, hadis, haji, hukum syarak, Ilahi, kaabah, kalimah syahadat, kiblat, imam, mufti, mukmin, solat dan wali.
Pegawai Undang-Undang Syariah Kanan Unit Undang-Undang Islam Hardifadhillah Mohd Salleh berkata, Kod Penal Syariah juga diguna pakai kepada bukan Islam, termasuk kesalahan berzina dengan pasangan Islam, minum arak di tempat awam dan khalwat dengan pasangan Islam.
“Jika sabit kesalahan, hukuman adalah denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau satu tahun penjara. Bagi pesalah zina yang dilakukan oleh seorang Muslim yang sudah berkahwin dan yang sudah berkahwin tetapi bukan Islam, kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman rejam sampai mati jika kesalahan itu dibuktikan oleh pengakuan atau kesaksian empat saksi,” katanya.
Menurutnya, mana-mana pihak yang menghasut lelaki atau wanita Islam bercerai atau tidak menjalankan kewajipan terhadap pasangan masing-masing, boleh dikenakan denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau penjara setahun.
Selain mendapat tentangan PBB, undang-undang ini juga mendapat tentangan hebat golongan LGBT .
Sumber
0 comments:
Post a Comment