Popular Posts

Blog Archive

 

+

Showing posts with label Terima. Show all posts
Showing posts with label Terima. Show all posts

Gambar Lelaki Yahudi Ikat Kemaluannya Pada Ayam Terima Padah

0 comments
Paris - Seorang seniman bernama Steven Cohen didapati bersalah kerana mengadakan '' Pameran Seksual '' dalam sidang mahkamahThe Telegraph melaporkan , seniman Yahudi itu dinyatakan bersalah kerana mengikat seekor ayam di kemaluannya di tengah pameran aeroangkasa berhampiran Menara Eiffel .

Steven lalu lalang bertelanjang sambil membawa ayam yang diikat pada ' belalainya ' . Beberapa minit kemudian lelaki itu ditahan dan dibawa ke balai polis . '' Apabila saya menunjukkan bahagian tubuh saya yang paling rahsia , saya berteriak : Saya lelaki ! Saya Yahudi ! Saya Homo ! dan saya berkulit putih , '' kata Steven .

Ia menjelaskan bahawa ayam bernama Franck itu tidak disakiti selama pameran . '' Saya pilih ayam kerana menjadi simbol Perancis ' ujar seniman yang dikenali sering bikin pameran aneh.'' Jika saya terbukti bersalah , maka hal itu sama dengan kegagalan sistem undang-undang  di Perancis , '' kata Steven Cohen yang dituntut pendakwa dengan denda sebanyak 1,000 Euro.

View the original article here

Guru Terima Padah Akibat Melakukan Penderaan Seksual Terhadap Pelajar Bawah Umur

0 comments
Bekas guru di California yang menjadi berita muka depan akhbar ketika dia meletakkan jawatan untuk tinggal bersama pelajarnya yang berusia 18 tahun ditahan semalam kerana disyaki melakukan penderaan seksual terhadap seorang pelajar lain lebih 10 tahun lalu, kata polis.

Christopher James Hooker, 41, ditahan untuk siasatan kerana disyaki melakukan hubungan seks oral bersama pelajar bawah umur. Polis berkata, kejadian itu berlaku ekoran hubungannya dengan seorang pelajar berusia 17 tahun pada 1998 di Sekolah Tinggi Davis di Modesto, tempat dia pernah mengajar.

Hooker muncul di mahkamah semalam dan hakim menetapkan ikat jamin AS$50,000 (RM150,000) serta pelantikan peguam bela awam untuknya, lapor akhbar Modesto Bee. Dia meminta jumlah ikat jamin dikurangkan dan hakim menetapkan perbicaraan Selasa ini bagi memutuskan perkara itu.

Polis berkata, siasatan bermula selepas Hooker mengumumkan hubungannya bersama Jordan Powers Februari lalu yang menjadi muridnya di Sekolah Tinggi Enochs di Modesto.

Muncul dalam pelbagai rancangan bual bicara televisyen nasional di AS, Hooker bersama Jordan mengekalkan hubungan tanpa seks hingga pelajar itu berusia genap 18 tahun, tetapi polis menyiasat sama ada berlaku hubungan tidak wajar sebelum itu. Dalam wawancara untuk rancangan Dr Phil dan Selamat Pagi Amerika, ABC pasangan itu dilihat berpimpin tangan dan saling bertukar senyuman. Pasangan itu mendakwa ketika mereka bertemu kali pertama iaitu ketika Jordan berusia 14 tahun, hubungan mereka tidak membabitkan sentuhan fizikal hingga pelajar itu cukup umur. Mengikut undang-undang California pelajar perlu mencecah usia 18 tahun untuk menjalin hubungan dengan orang dewasa. Ibu Jordan, Tammie yang bersemuka dengan pasangan itu dalam rancangan Dr Phil menuduh Hooker mempengaruhi anak perempuannya.

Ekoran hubungan pasangan itu, anggota Kongres dari Modesto, Kristin Olsen mengusulkan undang-undang supaya melarang hubungan pelajar-guru walaupun pelajar sudah mencapai usia 18 tahun dan membatalkan skim saraan serta perubatan guru terbabit jika mereka disabitkan bersalah.

Menurutnya tindakan itu dapat menghalang guru menjalin hubungan dengan pelajar mereka sendiri walaupun pelajar mencecah usia dewasa. – SD

View the original article here

Video Pakej Khidmat Seks Diseremban Serendah RM30 Terima Padah

0 comments
Seremban: Kegiatan sebuah hotel bajet berhampiran Jalan Dato Bandar Tunggal, di sini, yang menawarkan potongan RM15 bagi pelanggan yang mahu mendapatkan khidmat pelacur sempena cuti Harian Pekerja, terbongkar apabila diserbu pihak berkuasa, semalam

Hotel tiga tingkat itu diserbu Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, jam 2.30 petang.Jurucakap polis berkata, 12 pelacur tempatan berusia antara 23 hingga 50-an dan sembilan pelanggan ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan penawaran seks.

Beliau berkata, hotel yang beroperasi lebih 10 tahun itu menyasarkan cuti umum sempena Hari Pekerja bagi menarik lebih ramai pelanggan dengan memberikan potongan RM15.“Risikan dijalankan mendapati, pemilik menyediakan khidmat pelacur dengan bayaran antara RM30 hingga RM50 mengikut usia.

“Bagaimanapun, sempena Hari Pekerja, mereka memberikan potongan sehingga RM15 kepada setiap pelanggan yang mahu mendapatkan khidmat pelacur,” katanya.

Menurutnya, hasil serbuan itu, 12 pelacur tempatan dan sembilan pelanggan membabitkan dua lelaki tempatan, manakala selebihnya warga Indonesia serta Bangladesh.

Beliau berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 60-an dipercayai penjaga premis.Sementara itu, wartawan berkesempatan menemubual pelacur tempatan dikenali Shida, 23, dari sebuah FELDA di Pahang yang kononnya dibayar gaji RM600 sebulan.

Katanya, dia tiada pilihan melainkan bekerja di premis pelacuran berikutan tidak mendapat pekerjaan lain.

Ketika pemeriksaan, seorang lelaki berusia 50-an yang juga pelanggan merayu supaya dibebaskan dengan memberi alasan anaknya bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. -pilihan anda




View the original article here

We Are Just Creative!

Both the Themes gallery and the Quick Styles gallery provide reset commands so that you can always restore the look of your document to the original contained in your current template.

On the Insert tab, the galleries include items that are designed to coordinate with the overall look of your document. You can use these galleries to insert tables, headers, footers, lists, cover pages, and other document building blocks. .
...More

  • lion
  • lion
  • lion

Contact

Popular Posts

About the Blog