Popular Posts

Blog Archive

 

+

Showing posts with label Artis Tempatan. Show all posts
Showing posts with label Artis Tempatan. Show all posts

Wajah sebenar Leez AF4, Bekas Kekasih Zizan Razak

0 comments

Sejak menyepi dari industri hiburan setelah putus hubungan cinta denga Zizan Razak penyanyi lagu Itu Realiti ini kini muncul kembali dengan imej yang lebih cun,cantik dan comel. Penulis yakin, ramai jejaka-jejaka di luar sana yang terpikat dengan kecantikan Leez.

Di bawah ini, penulis ingin berkongsi 7 keping gambar Leez Rosli yang paling cantik dan menawan. Selepas melihat gambar-gambar bekas kekasih Zizan Razak, admin sekarang amat bersetuju dengan kenyataan bintang korea, Kim Jin Sung yang secara jujur mengaku kecantikan wajah yang dimiliki wanita Malaysia sangat asli berbanding wanita korea yang banyak melakukan pembedahan plastik.













-plbgmcm.blog

Empat Gambar Sharifah Sakinah Tayang Cantik Tak Bontot Saya

0 comments
SIAPA yang tidak kenal pelakon kontroversi Sharifah Sakinah yang semakin aktif dengan kempen kecergasan yang dinamakannya ‘Fitnessakinah’.Selari dengan itu, dia juga pernah mempromosikan baju T dengan ‘tagline’ yang mungkin agak keterlaluan termasuklah, ‘Jogging Sampai Kentut’ dan ‘Cantik Tak Bontot Saya’ di akaun Instagramnya.

Justeru, ramai yang mengkritik tindakannya itu dan menyifatkan ia tidak manis untuk dipakai.Bagaimanapun, Sakinah punya jawapan yang tersendiri menerusi mStar Online:“Ia bukan gimik, pada saya kalau sesuatu perkara itu bagus orang akan ingat dan jika tidak bagus sekalipun orang lagi akan ingat. Lebih ramai yang kutuk, bermakna lebih ramai yang sedar tentang fitness saya dan bagi saya ia adalah satu strategi pemasaran sahaja.

“Bohonglah kalau saya kata tidak penat dengan cacian masyarakat tetapi saya tidak kisah dan malas untuk ambil pusing. Saya buat tidak tahu sahaja kerana kalau saya melawan nampak saya seperti mereka terpulang kepada mereka untuk terima atau tidak.”Hmm..rasanya peminat menegur demi kebaikan Sakinah. Mereka pun tidak punya medium lain untuk berhubung dengan artis kesayangan mereka kecuali di akaun sosial.

Kalau rasa teguran terbuka itu mengaibkan, adalah lebih baik para artis meletakkan alamat email peribadi mereka bagi memudahkan komunikasi dengan peminat, tak gitu?


sumber: isupanaz







View the original article here

Shaheizy Sam Dipukul Cikgu

0 comments
                                  

KUALA LUMPUR: Sewaktu berada di alam persekolahan sudah pasti ada kenangan-kenangan manis yang tidak dapat dilupakan begitu juga dengan pelakon Shaheizy Sam.

Menurut Sam semasa zaman persekolahan dia adalah seorang yang nakal dan suka bergurau sehinggakan dia pernah didenda kerana sikapnya itu.

“Menurut kawan-kawan, Sam ni tak adalah jahat masa sekolah dulu-dulu cuma saya ni jenis nakal yang manja-manja macam tu.

“Sam selalu buat cikgu macam kawan, kadang-kadang tu bila cikgu serius pun Sam boleh pulak main-main.



“Sebab sikap saya yang nakal tu sampaikan saya pernah kena denda masa perhimpunan… Siap kena panggil berdiri atas pentas lagi.

"Kadang-bila bila fikir balik, rasa macam hish tak baiknya buat cikgu mcam tu,” katanya ketawa.

Tambah Sam lagi, hingga ke hari ini dia masih lagi berhubung dengan guru-guru yang pernah mengajarnya suatu ketika dahulu.

“Bila tiba hari guru Sam pasti akan teringat muka cikgu-cikgu yang pernah mengajar Sam malah ada juga yang kami masih jumpa… Mana mungkin saya dapat lupakan jasa mereka terhadap saya.

“Antara nama-nama cikgu yang Sam tak boleh lupa ialah Cikgu Nasarudin, Cikgu Rokiah, Cikgu Rozi, Cikgu John dan Cikgu Wahi.

“Mereka semua dalah cikgu yang buat Sam rasa segan sikit, segan bukan apa sebab mereka selalu berjalan dengan rotan.” ujarnya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan Shaheizy Sam sebagai duta kicap Mahsuri baru-baru ini.

Bagaimanapunm jelas Sam lagi walaupun nakal namun dia sama sekali tidak pernah bersikap kurang ajar terhadap guru-gurunya.

“Sebenarnya Sam selalu bergurau dengan cikgu adalah supaya Sam tidak berasa takut untuk bertanya ataupun berkongsi pendapat dengan cikgu.

“Malah saya rasa perkara itu membuatkan saya berasa lebih selesa dan tidak kekok dengan mereka.” jelasnya. -- Astro Gempak




View the original article here

Siapa Kata Cik Ta Tak Pernah Beranak

0 comments
                                          
 Memang patut pun Cik Ta hangen satu badan...lagi la time tengah pregnant ni...peminat ni pun satu...suka nyakat Cik Ta...

haha...kadang-kadang lawak pun ada...nampak sangat sejak dua menjak ni Cik Ta cepat panas baran...

Cer tengok kat bawah,macamana cik Ta dikacau,dan bagaimana Cik Ta balas balik dengan komen hangen dia tu...hihi















kredit:dianarashid.com

Mawar Fareeda Bikin Kecoh Lagi Sindir Pelanggan

0 comments
Rasanya ini bukan pertama kali pembaca dengar cerita pasal admin Mawar Fareeda Fanpage dikatakan kurang ajar dan suka menyindir pelanggannya. Perkara ini pernah juga terjadi sebelum ini dan Mawar pernah minta maaf kerana komen yang diberikan itu bukan datang dari dia.

Tapi baru-baru ini, admin fanpage tersebut telah menyindir seorang pelanggan di dalam akaun facebook tersebut.

Dalam komen tersebut, pelanggannya mengadu tag jenama Fareeda sering terkeluar walaupun baru pertama kali memakainya, namun dibidas oleh admin akaun tersebut dengan menyindir seperti tidak percaya dengan masalah pelanggannya itu dan memberitahu jika dikikis dengan pisau pun tak mungkin tag mereka terkeluar

Wah nampaknya, admin Mawar duta produk Fareeda ini tidak serik lagi setelah beberapa kali ditegur dan sikapnya itu dianggap tidak menghormati hati dan perasaan pelanggan.

Sepatutnya dalam situasi ini admin Fareeda harus lebih bersabar melayan pelanggan kerana bak kata pepatah orang putih, “customer always right”bukan? Kenalah jaga kredibiliti jenama Fareeda itu sendiri. Kalau tidak, peminat pun lari. Ye tak?


















Sumber


 


View the original article here

Ha, Ini Baru Betul Gambar Lisa Dan Yusry Atas Katil!

0 comments
Bermula dengan gambar panas Diana Danielle dan Farid Kamil yang dikatakan ‘terlalu mesra’ dan tak sesuai untuk ditunjukkan kepada umum, tiba-tiba ramai pula selebriti lain memuat naik foto mesra termasuklah Rozita Che Wan.



2


Dek kerana foto-foto tersebut, kedua pasangan selebriti ini dikecam peminat yang tidak bersetuju dengan tindakan mereka. Terbaru, pasangan Lisa Surihani dan Yusri turut terkena tempias yang sama.


Beberapa hari lalu, ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan foto mesra Lisa dan Yusri di atas katil. Peliknya, foto tersebut tidaklah menunjukkan sebarang aksi yang keterlaluan.







2


Foto Yusri & Lisa yang tersebar


Kami difahamkan foto tersebut diambil pada ketika sambutan hari lahir Lisa bulan lepas dan ia hanya memaparkan Lisa dan Yusry dengan pyjama diatas katil.


Bagaimanapun, semalam, melalui laman sosial Instagram, Yusri telah memuat naik foto mesranya dengan Lisa. Kelakar ada, comel pun ada.


Rupa-rupanya, ia bukanlah foto melampau, ia cuma bingkai gambar yang diletakkan diatas katil milik pasangan itu. Lebih mencuit hati apabila foto tersebut disertai dengan caption ‘ Ni baru betul “Gambar Lisa & Yusry” atas katil’.


2


Mungkin Yusri cuba berjenaka dek kerana penyebaran foto lama milik dia dan Lisa sebelum ini. Apapun, memang epic betullah troll Yusri ini.


Malah ramai peminat yang turut bersetuju dengan tindakan jejaka ini selain menasihatkan pihak tidak bertanggungjawab tersebut berhenti melakukan fitnah.

Apapun, kami doakan pasangan Yusri dan Lisa akan terus bahagia dan semoga mereka cepat dikurniakan cahaya mata.

Sumber: OhBulan

Isu Eira Syazira tampar krew produksi telefilem 'Pulanglah Abah'

0 comments
Respon Eira Syazira tampar krew produksi telefilem 'Pulanglah Abah' - Pelakon terkenal Eira Syazira didakwa menampar salah seorang krew produksi ketika sedang menjalani penggambaran sebuah telefilem berjudul Pulanglah Abah baru-baru ini.

Isteri kepada aktor Azad Jasmin itu bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan dan menganggap tuduhan individu terbabit sebagai mengarut dan tidak masuk akal.

Malah, lelaki tersebut turut meminta Eira agar menyatakan permohonan segera jika tidak mahu isu mereka sampai ke pengetahuan umum.

Ditanya tentang perasaannya apabila ditimpa kontroversi sedemikian, Eira memberitahu tidak terkilan tetapi berasa lucu dan pelik. Katanya, agak pelik bagi seorang perempuan berani menampar seorang lelaki.









View the original article here


View the original article here

Pelakon Nad Zainal cedera parah dipukul..

0 comments
Pelakon Nad Zainal cedera parah dipukul orang - Pelakon comel, Nad Zainal yang baru sahaja putus cinta dengan bekas kekasihnya, Azwan Kombos mengalami kecederaan teruk di bahagian wajahnya selepas dipukul orang.

Punca individu terbabit memukul Nad Zainal tidak pula diketahui namun mungkin itulah sebahagian daripada babak yang perlu dilakonkan oleh beliau bagi menjayakan satu drama bersiri.

Agaknya apa tajuk drama bersiri terbaru lakonan aktres jelita ini? Sebenarnya, penulis suka tengok Nad berlakon sebab memang amat berbakat dan tidak kaku macam beberapa pelakon wanita baru yang lain.












View the original article here


 

Penampilan Tasha Shilla di Hlive Yang Sedih

0 comments
Penampilan terkini Tasha Shilla di Hlive yang agak berusia - Mungkin tidak ramai yang perasaan dengan penampilan Tasha Shilla di Majlis Pelancaran Parti H! Live semalam yang kelihatan agak berusia dan kurang menonjol berbanding penampilannya di Anugerah Meletop Era 2014.

Rekaan Hatta Dolmat yang dikenakan oleh pelakon itu tidak dinafikan memang anggun dan menakjubkan namun penggunaan make-up pada wajah beliau yang sedikit gelap menyebabkan Tasha kelihatan lebih matang berbanding usianya.

Pada penulis, kecantikan dan kejelitaan Tasha Shilla lebih terserlah jika menggunakan make-up yang sederhana atau nipis dan mengenakan gaun yang sedikit ketat. Apapun, aktres berusia 27 tahun ini merupakan antara selebriti tempatan yang memiliki kecantikan wajah dan badan semulajadi yang menjadi idaman ramai wanita di luar sana.






















View the original article here

Fesyen Gaun Nipis Siti Saleha bersama kekasih undang kontroversi

0 comments
Fesyen gaun nipis Siti Saleha bersama kekasih undang kontroversi - Dalam diam rupanya pelakon jelita, Siti Saleha yang pernah popular menerusi drama bersiri Nora Elena telah mempunyai teman lelaki baru yang kacak dan berwajah ala-ala kacukan pakistan.

Bagaimanapun, Siti Saleha yang mencuri tumpuan ketika hadir ke majlis persandingan Produser filem Kerat 14, Harvinder Uppal, enggan mendedahkan nama kekasihnya yang bekerja di sektor kewangan dan memberitahu mereka sudah bercinta sejak 10 bulan lalu.

Untuk pengetahuan, aktres berusia 23 tahun ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan adik kepada pelakon Sharifah Sofea, Syed Adney Syed Hussein namun putus beberapa tahun kemudian.

Tidak lama selepas itu, beliau bercinta pula dengan seorang jejaka inggeris bernama Robin Coenraad. Hubungan mereka tidak bertahan lama kerana tiada persefahaman.







 





Pelakon Kilafairy selamba tayang bontot di majlis hari jadinya

0 comments
Pelakon Kilafairy selamba tayang bontot di majlis hari jadinya - Pelakon dan model seksi, Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan, 22, telah berkongsi beberapa keping gambar sambutan majlis hari ulangtahun kelahirannya di laman Instagram baru-baru ini.

Apa yang menarik tentang foto-foto yang dimuatnaik, Kilafairy kelihatan selamba menayangkan bahagian punggungnya yang besar sehingga menarik perhatian peminat di laman sosial.

Penulis memang tak boleh nafikan Kilafairy ialah antara selebriti wanita yang paling layak memegang watak-watak penggoda mengatasi Lana Nordin kerana dia mempunyai karakter sedemikian yang semulajadi.














View the original article here

Makan Bangkai Binatang Dalam FFM2, Erin Malik Tampil Beri Penjelasan

0 comments
Makan bangkai binatang?

Bukan setakat isu bangkai, malah air liur peserta lain turut ditelan setelah daging busuk tersebut dikisar. Kata penonton, ia memang menjijikkan. Malah ia juga tidak menjaga sensitiviti umat Islam.


Benarkah wang menjadi keutamaan peserta? Jom ikuti apa alasan juara program tersebut iaitu Erin Malek mengenai penglibatannya dalam Fear Factor Malaysia musim kedua itu.


2


MEDIA: Bangkai kambing dimakan begitu sahaja, biar betul ni?


ERIN: Saya ingin jelaskan, itu bukan bangkai kambing sebenarnya. Itu hanyalah daging kambing biasa dan bukannya bangkai. Cuma daging kambing itu separuh masak. Mereka (pihak pengurusan) mempunyai cara yang tersendiri untuk membuatkan daging kambing itu berbau busuk dan kelihatan kotor. Janganlah salah faham.


MEDIA: Awak tahu kan, manusia yang waras tidak boleh memakan bangkai?


2


Daging busuk yang dihurung lalat dalam FFM2







ERIN: Tahu, memang saya tahu. Tapi itu bukan bangkai sebab itu kami masih boleh makan. Kalau itu memang bangkai, kita pun tahu sama ada ia halal atau haram untuk dimakan. Tetapi saya tidak nafi, itu adalah antara cabaran yang betul-betul menguji saya dari segi mental dan fizikal. Sepanjang program itu berlangsung, pasangan saya, Redha banyak sangat menolong. Kerjasama saya dengan dia sebagai sebuah kumpulan memang sangat kuat sehingga kami berjaya menghabiskan daging kambing yang agak berbau itu.


MEDIA: Selepas makan daging kambing busuk, anda menang RM200,000, puas hati?


ERIN: Puas hati sangat-sangat. Ini atas segala usaha bersungguh-sungguh kami. Duit yang saya menang bersama Redha ini adalah satu bonus buat kami. Sudah tentu saya dan Redha membahagikan sama rata duit tersebut. Saya akan simpan duit ini untuk diri sendiri. Ibu pun sudah berpesan agar simpan buat bekalan diri dan guna untuk perkara berfaedah.


MEDIA: Duit banyak di tangan, pasti akan ada surat-surat untuk minta derma atau bantuan selepas ini. Apa kata Erin?


ERIN: Ia ke ni? Rasanya tidak perlu bila sudah nampak saya ada duit banyak itu, baru hendak meminta. Menderma adalah perkara normal bagi saya. Lagipun, sebelum ini, saya memang selalu melakukan kerja amal kebajikan. Kalau ada rezeki lebih, saya memang akan beri bantuan.


MEDIA: Ada yang mengatakan awak dan Redha sesuai jadi pasangan. Ada perancangan untuk berkahwin dengan dia?


ERIN: Tak baik tau. Redha tu tunangan orang. Dia tak buat masalah pun. Sepanjang sebulan di Cape Town memang saya bersama dia dan ramai yang nampak keserasian kami. Dia (Redha) kerja keras untuk kumpulan kami. Alhamdulillah, dia pasangan yang sesuai untuk bekerja. Lagipun, tunang dia tak ada masalah dan faham kami bekerja sebagai kumpulan. Semasa episod akhir, tunang dia datang mengucapkan ‘terima kasih’. Saya tanya, untuk apa? Tunang Redha kata, terima kasih kerana memilih Redha memandangkan dia yang mendaftarkan Redha masuk Fear Factor.


MEDIA: Lari sedikit cerita Fear Factor, dengarnya sekarang sudah ada kekasih baharu, betul?


ERIN: (Gelak). Ya, memang ada. Saya sudah kenal dia (kekasih) sejak empat bulan lalu. Kami bertemu di laman sosial Instagram selepas setahun memutuskan hubungan dengan bekas kekasih saya.


MEDIA: Siapa jejaka bertuah itu?


ERIN: Saya hanya boleh beritahu nama dia F. Dia berusia 30 tahun. Dia seorang yang matang, romantik dan penyayang. Saya tertarik dengan kematangannya sebagai seorang lelaki dan paling penting dia tidak menghakimi tentang apa juga gosip dan cerita kurang enak mengenai saya sebelum ini.


MEDIA: Sudah bersedia berkahwin lah ni?


ERIN: Pada tahap ini saya sudah bersedia untuk bergelar isteri dan soal umur bukan satu masalah kerana paling penting kita bertemu dengan orang yang tepat dan sesuai. Berdasarkan pengalaman lalu saya sudah malas untuk bercinta lama-lama kerana ia tidak akan membawa ke mana-mana dan ‘F’ adalah cinta hati yang melengkapi diri saya sebagai seorang wanita. Tetapi bukan bererti saya akan berkahwin dalam masa terdekat ini.

Dipetik dari: MyArtis Sumber asal: Utusan

Fesyen rambut Sasha Saidin yang semakin pelik

0 comments
Fesyen rambut Sasha Saidin yang semakin pelik - Penampilan pelakon dan model terkenal, Sasha Saidin yang juga merupakan kakak kepada suami Rozita Che Wan kini sudah berubah dan semakin berbeza.

Kalau sebelum ini rambut perang Zain Saidin pernah dikecam peminat sehingga menjadi punca Che Ta mengamuk di laman Instagram, kakaknya pula turut mengubah warna rambut menjadi perang terang.

Pada penulis, penampilan aktres berusia 38 tahun itu lebih cantik dan anggun jika kekal dengan imej berambut hitam. Ini kerana, dengan warna rambut perang sekarang, Sasha kelihatan sedikit berusia dan menakutkan.

Korang boleh perhatikan sendiri perbezaan gambar beliau ketika berambut hitam dan perang di bawah. Mungkin adalah lebih baik kalau Sasha kembali ke imej berambut hitam, pasti ramai jejaka kacak di luar sana akan terpesona dan terpikat.






















View the original article here

Siti Saleha Dedah Wajah Kekasih Baru [Gambar]

0 comments


Pasti ramai yang sudah menghidu kisah cinta pelakon popular Siti Saleha dan kekasih barunya yang juga berdarah kacukan seperti heboh diperkatakan ramai ketika ini.

Malah pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris yang menempa nama menerusi drama bersiri Nora Elena dan filem Kerat 14 ini tidak menyorokkan teman lelakinya itu daripada pihak media dan peminat.

Justeru, tidak hairanlah, kehadiran Saleha, 24, dan kekasihnya itu mencuri tumpuan lensa jurugambar pada majlis persandingan Produser filem Kerat 14, Harvinder Uppal dan pasangannya, baru-baru ini.

Ketika ditemui, Saleha yang juga adik kepada vokalis kumpulan Bunkface ini mengakui jejaka berdarah kacukan itu adalah teman lelaki istimewanya.

“Inilah teman lelaki baru saya. Saya tiada masalah untuk bergambar tetapi dia ini sebenarnya seorang yang sangat pemalu dengan media.

“Kami sudah berkawan rapat selama 10 bulan dan dia bekerja di bahagian kewangan. Maaflah saya tidak dapat komen lebih-lebih mengenai dirinya malah juga namanya buat masa ini.

2





“Setakat ini, hubungan kami berjalan lancar dan masih dalam proses mengenali jiwa masing-masing. Kami juga belum ada perancangan untuk berkahwin buat masa ini,” katanya.

Saleha pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pemain bola sepak iaitu penjaga gol pasukan Sabah yang juga adik pelakon Sharifah Sofea, Syed Adney Syed Hussein tetapi hubungan itu akhirnya terputus di tengah jalan.

Menyusul selepas itu, dia menjalinkan hubungan pula dengan seorang jejaka inggeris, Robin Coenraad tetapi ia hanya bertahan seketika kerana tiada persefahaman.

Majlis persandingan Harvinder yang juga Penerbit Eksekutif White Merpati Entertainment dan pasangannya Rajwant Kaur Sandhu berlangsung di Ideal Convention Centre, Selayang.

Harvinder adalah anak sulung kepada produser filem Akhirat lakonan Vanidah Imran iaitu S Baldev.

Majlis persandingan turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan artis seperti produser Skop Production, Datuk Yusof Haslam; pelakon veteran A Galak, Fouziah Gous dan suaminya, Mohd Zhafran Yusuf, Aznah Hamid dan Sheera Iskandar.

Tidak ketinggalan, pengarah filem Kerat 14 yang juga anak S Baldev, Arjin Uppal.

Serah pada penilaian peminat

Mengenai pencalonannya pada Anugerah Bintang Popular BH 2013 (ABPBH 2013), Saleha hanya menyerahkannya pada penilaian peminat.

Pada edisi ABPBH kali ini, dia dicalonkan dalam tiga kategori iaitu Pelakon TV Wanita Popular, Pelakon Filem Wanita Popular dan kategori online, Gandingan Serasi Di Layar bersama Zizan Razak.

Secara peribadi, Saleha bersyukur kerana memiliki kelab peminat yang sentiasa menyokong kerjayanya sampai hari ini.

Setakat ini, dia memiliki seramai 10,000 ahli kelab peminat dan 700,000 pengikut dalam laman sosial Facebook.

“Kalah atau menang semuanya terpulang kepada kelab peminat yang bekerja keras untuk mengundi selama ini. Apapun, rezeki semuanya ketentuan Tuhan.

“Insya-Allah, kalau ada rezeki, sayalah yang paling gembira di dunia ini, tetapi semuanya bergantung pada keputusan pengundi. Sebagai artis, saya cuma boleh berdoa dan harap yang terbaik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, kata Saleha dia juga sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri 13 episod, Manis untuk saluran Astro Ria.

“Saya pegang watak akauntan iaitu Anis yang bekerja di Bakery Shop Manis dan terus jatuh cinta dalam bidang itu. Anis juga bekerja di situ untuk menyelamatkan Bakery Shop Manis dari jatuh bankrap.

Barisan pelakon lain yang turut memantapkan cerita ini ialah Sasqia Dahuri, Nabil Abdul dan Akmal Ahmad,” katanya. Manakala, projek filem barunya pula ialah Upin Ipin The Movie terbitan KRU.- HarianMetro

View the original article here

Kongsi Gambar Nelydia Sedang Tidur, Qi Razali Dikritik Dan Dinasihat Kahwin Cepat

0 comments
Sekali pandang, rasanya tak ada apa yang salah dengan gambar dikongsikan oleh Qi Razali di laman Instagram miliknya petang semalam.
2

Jika ada yang perasaan, gambar tersebut hanya menunjukkan Nelydia Senrose sedang tidur bersama seorang kanak-kanak lelaki dan Qi menyelitkan kapsyen, ‘Awwww…what a sight…Ciri2 keibuan… :)‘

Tetapi, terdapat pula segelintir pengikut Qi yang melihat ianya sebagai satu kesalahan dan menganggap tidak manis untuk pengacara Kokolog itu berkongsi gambar sedemikian.

Ada yang beranggapan, Nelydia berbaring di atas perut seseorang dipercayai Qi. Wah, tajam sungguh pemerhatian peminat.





2

Disebabkan itu, ramai juga yang menasihati Qi untuk segera mengahwini Nelydia bagi mengelakkan fitnah.

2

Namun demikian, Nelydia kemudiannya membalas komen-komen tersebut dengan menyatakan peminat hanya memperbesarkan isu berkenaan sedangkan tiada apa yang berlaku.

2

Dalam masa yang sama, seperti biasa ramai juga peminat yang menganggap gambar berkenaan sebagai sesuatu yang ‘sweet’ dan tidak sabar ingin melihat anak-anak Qi dan Nelydia sendiri suatu hari nanti. -OhBulan

View the original article here

Mak Mah Kini Sah Isteri Kepada Peneroka Felda (Tahniah)

0 comments
Mak Mah Kini Sah Isteri Kepada Peneroka Felda | Jutaan tahniah diucapkan kepadaHanya dengan sekali lafaz, Ruminah atau lebih mesra dengan panggilan Mak Mah akhirnya sah menjadi milik peneroka Felda Jelai Negeri Sembilan, Al Fatah Rahim Ismail, 70.

.Majlis pernikahan telah berlangsung di rumah abang ipar Mak Mah di Klang. Mak Mah (68 tahun) menerima mas kahwin sebanyak RM300, tanpa wang hantaran. 


Mak Mah Kini Sah Isteri Kepada Peneroka Felda

Majlis persandingan turut diadakan selepas pernikahan selesai dengan lebih kurang 300 tetamu telah hadir untuk memeriahkan lagi majlis. Untuk makluman, Mak Mah pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai 6 orang anak, 20 orang cucu dan 6 orang cicit. Tahniah diucapkan buat Mak Mah dan suami atas perkahwinan ini. Semoga berbahagia ke akhir hayat.

Yuna Fesyen Baju Hitam Ketat Paras Pusat Dikecam Peminat

0 comments
Yuna Pakaian Ketat

Yunalis Zarai atau Yuna yang sedang rancak melebarkan di sayap seninya di Los Angeles, Amerika Syarikat telah menjadi bualan hangat. Antara penyanyi yang berbakat besar. Tetapi sayangnya nama Yuna bukan disebut kerana perkembangan terkini karier seninya tetapi mengenai fesyen terkini yang dikenakan penyanyi wanita ini.

Awal minggu lalu sekeping foto yang menampilkan Yuna memakai baju hitam ketat paras pusat telah dimuatnaik di laman Facebook.

Foto tersebut telah mendapat kecaman daripada pelayar laman sosial termasuk peminat Yuna yang kurang gemar dengan cara penyanyi Terukir Di Bintang itu berfesyen.

Ramai yang terkejut, ada juga yang tidak berpuas hati dengan cara Yuna berpakaian kerana baju yang dipakai Yuna terlalu ketat sehingga jelas menampakkan susuk tubuh dan lubang pusatnya.

Antara luahan hati peminat terhadap Yuna ialah, mereka mahu bintang pujaan mereka itu kembali berpakaian sopan seperti dahulu (awal kemunculan).


We Are Just Creative!

Both the Themes gallery and the Quick Styles gallery provide reset commands so that you can always restore the look of your document to the original contained in your current template.

On the Insert tab, the galleries include items that are designed to coordinate with the overall look of your document. You can use these galleries to insert tables, headers, footers, lists, cover pages, and other document building blocks. .
...More

  • lion
  • lion
  • lion

Contact

Popular Posts

About the Blog