Popular Posts

Blog Archive

 

+

Showing posts with label Cinta & Perhubungan. Show all posts
Showing posts with label Cinta & Perhubungan. Show all posts

'Selfie' 6 Sebab Lelaki Tidak Digalakkan...

0 comments
'Selfie' 6 Sebab Lelaki Tidak Digalakkan

'Selfie' 6 Sebab Lelaki Tidak Digalakkan | Perempuan selfie okay tetapi lelaki selfie, hurmmm. Tidak sama sekali! Fenomena selfie begitu kuat mempengaruhi kehidupan seharian anda, contohnya, Liyana Jasmay sempat berkongsi gambar dengan peminat di laman sosial Instagramnya selepas melahirkan bayi.

Apa yang kami ingin fokuskan ialah kenapa lelaki tidak digalakkan selfie? Pelik? Kurang sesuai?

1. Selfie adalah untuk kaum Hawa sahaja

Wanita mengambil selfie untuk menunjukkan perkara yang disukainya, untuk berkongsi kepada kawan dan sahabat handai. Tukar warna rambut ambil selfie, selfie dalam bilik air, ingin tunjukkan kecomelan kucing jadi perlu selfie, muka selepas dimekap juga selfie, dan macam-macam lagilah mahu selfie.

2. Selfie tidak menunjukkan kelakian 

Bukankah pelik bila anda lihat lelaki asyik selfie? Sekala sekali masih boleh dimaafkan tetapi jika setiap ke sesuatu tempat mahu selfie, hurmm janganlah. Difahamkan lelaki sekurang-kurangnya mempunyai maksimum tiga gambar diri mereka, hari pertama di sekolah, dapat lesen memandu dan juga ketika hari perkahwinan.

3. Selfie untuk attention seeker

Selfie menunjukkan anda sangat mendambakan perhatian. Keterlaluan jika di mana sahaja dan apa sahaja yang anda buat mahu selfie. Jika anda mahu perhatian, hubungi ibu anda.

4. Selfie jika ia menyumbangkan sesuatu

Selfie jika itu part of your job. Jika ianya tidak menyumbangkan sesuatu jadi duduk diam dan lakukan aktiviti bermanfaat. Lainlah anda shirtless selfie, sekuarang-kurangnya masih boleh diterima. Peace!

5. Selfie tidak membantu anda menarik mana-mana wanita

Wanita sebenarnya tidak berminat pada lelaki yang kerap selfie tidak kira tempat, lagi pelik tengok. Jadi, ingat pesanan ini jika anda sedang mencari pasangan hidup.

6. Justin Bieber sukakan selfie

Ya, ini antara sebab kenapa lelaki tidak digalakkan selfie kerana Justin Bieber. Justin Bieber selfie untuk menunjukkan dirinya shirtless dengan tatu baru. Anda pula ingin menunjukkan apa?

Punca Wanita Bunuh Diri Di Centre Point Sempat Buat Status Facebook

0 comments
 Bunuh Diri Di Centre Point

Punca Wanita Bunuh Diri Di Centre Point Sempat Buat Status Facebook |

Satu lagi kes bunuh diri mengejutkan telah mengejutkan orang ramai baru-baru ini. Seorang gadis berusia nekad membunuh diri dipercayai akibat kecewa putus cinta di Kota Kinabalu , Sabah . Wanita yang dikenali sebagai Hasrina Chee, telah ditemui mati terjun dari tingkat 6 pusat membeli belah Centre Point.

Kejadian dilaporkan berlaku 9 Mei yang lalu, jam 11.30 pagi. Ironinya, Hasrina sebelum itu sempat meninggalkan nota terakhirnya melalui status Facebook yang berbunyi ucapan selamat tinggal dan permohonan maaf kepada keluarga dan rakan-rakannya. Dalam status yang sama juga Hasrina sempat menujukan status tersebut kepada lelaki yang didakwa sebagai bekas teman lelakinya , “This is a present for you.. I will show you how crazy I am” (Ini hadiah untuk awak, saya akan tunjukkan betapa gilanya saya)

Screenshot status beliau kemudiannya menjadi viral di laman sosial, walaubagaimanapun status tersebut telah dikeluarkan daripada akaun Facebooknya.

Ketua polis Kota Kinabalu, Komisioner Jauteh Dikun berkata, mereka menyiasat kes tersebut sebagai kejadian mati mengejut dan bukannya kes bunuh diri. Menurutnya lagi, bekas teman lelaki Hasrina bekerja sebagai pengawal keselamatan dan pernah membuat laporan polis tentang ugutan Hasrina untuk membunuh diri jika tidak menerimanya semula pada 7 Mei yang lalu.

14 Tips Mencari Calon Isteri Yang Cantik

0 comments

14 Tips Mencari Calon Isteri Yang Cantik | Walaupun ‘mata yang belum berisi pengalaman’ itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini.

Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri anda:

1. Elakkan Dari Berkawan Dengannya

Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:

‘Yang bercahaya tidak semestinya emas’ dan ‘Yang cantik tidaklah semestinya permata’. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya. Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara. (Bidalan ltali).

2. Lakukan Risikan Secara Rahsia

Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.

Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.

Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe

Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil ‘merisik’ ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan ‘menyelidik’ dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.

3. Cari Yang Duduk Bersama lbu bapa

Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.

Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. – Bidalan Cina

4. Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga

Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi ‘wanita’ dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.

5. Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua

Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.

Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. – Bidalan Jerman

6. Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan

Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah ‘lupa’ masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.

7. Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki

Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang.

Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.

Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan

8. Cari Yang Didikan Agamanya Cukup

Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.

Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. – Bidalan Serbia

9. Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama

Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.

Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang ‘tak boleh tahan’. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!

10. Bertunang Jangan Lama

Bila anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis.

Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.

Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. – Bidalan Itali

11. Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda

Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi ia merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibu bapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.

Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, ibu bapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suami yang baik serta bertanggungjawab.

Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebih ramai pencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman

12. Elakkan Dari Terlalu Cemburu

Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.

13. Layan Dia Dengan Baik

Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.

Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas.- Bidalan Tamil

14. Bertanggungjawab

Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.

Sumber Asal: Halaqah.Net
Sumber

Cara Ketahui Pasangan Anda Mungkin Ada Yang Lain

0 comments
pasangan curang

AWAS! Mungkin pasangan anda menipu?, berlaku curang?, ada pasang lain? …adakah anda tahu? ;)
 “10 tips ~ Dia ada yang lain!” Mungkin anda tiada panduan untuk mengetahuinya atau tak sure dengan situasi sebenar? No problem, have a look at this list. I’m sure ianya amat membantu anda :-

1 ~ Apabila berbual bersama, tiada lagi kata-kata mesra. Tiada lagi puji-pujian. Anda pun siang malam duk wondering la pasal apa dia macam tu, mengapa dia tak semesra dulu? YA, MENGAPA? ;)

2 ~ Dia mulai rimas dan tidak suka diperlakukan seperti biasa. Anda cuba nak pegang tangan dia, ditolak tepis lagi. “Melekitlah…” – Agak-agak mengapa ya? … hehe next!

3 ~ Bila handphone berlagu, dan anda cuba tolong jawab untuk dia, tiba-tiba berlari dia mahu menyambar handphone tu then kemain lagi marah dia pada anda, “PASAL APA AWAK NAK SIBUK JAWAB?!!” – :) mengapa begitu sekali tu? Kemudian dia pun menjawab sorok-sorok pulak. Cakap pun bisik-bisik. Bila ditanya, “Salah nombor…” atau “Alaaa…member I laa” – I’m very sure, dia menipu la tuhh… ada awek lain la tu!

4 ~ Masalah-masalah kecil pun terus terjerit-jerit marah. Lepas tu mulai minta masa untuk fikirlah, need some space lah…kita berpisah sementara lah…ALASANNN, huh! Ada yang lain, cakap je ;)   “Dulu-dulu, I pun pakai gak alasan ni…isshh, jahat tul, dulu lah, sekarang dah taubat! :lol: ”

5 ~ Apabila pasangan anda komplen tentang tubuh anda dan mulai membanding-banding dengan wanita dalam magazine ke, movie ke atau kenalan anda, hati-hati beb…dia mungkin mulai ada perasaan pada yang lain.

6 ~ Sudah tidak bawa anda keluar bersiar-siar. Tempat yang selalu dikunjungi juga dah tak pergi dah. Makan pun, asyik bungkus je. Dah tak nak makan kat luar. Bila ditanya, “Malaslah…letihlah…busylah…overtime lah…” Hihi…mengarut tul.

7 ~ Kerap keluar bersama kawan-kawan dan balik lambat. Hilang entah kemana…sedar-sedar tidur rumah kawan. Ini kena selidik cepat sebelum terlambat!

8 ~ Selalu sangat melakukan sesuatu yang dia tahu akan menyakitkan hati anda. Sengaja cari pasal untuk bergaduh, supaya …bila bergaduh, dia free untuk keluar kemana dia suka. Mungkin dia masih sayang…tetapi pastinya cinta dia sudah tiada! kesian :(

9 ~ Tanya satu, jawab satu…kadang-kadang tak jawab langsung. Bila di tanya lagi, “Ishhh…sibuklah!!” haaa…yang ni anda boleh pulas telinga dia hahaha… Atau pun pergi spy…ekori kemana dia pergi…mesti ada perempuan lain! :P

10 ~ Sudah tiada cumbu rayu atau kucupan mesra. Bila nak kiss, mengelak pulak tu. Adoi! Ini dah terlambat ni…kena mandi bunga dah ni. Kalau nak sembuh perhubungan yang macam gini…nasihat saya, mandi air 7 telaga dari 7 surau yang ada dalam 7 negeri. :lol:

:D Hehehe..gelak-gelak juga ya. But all this, can be true. Kemungkinan besar terjadi kepada SUAMI ANDA/KEKASIH ANDA…cuba anda renung sejenak, adakah pasangan anda telah berubah tabiat dan perangainya menjadi seperti lebih kurang dalam 10 tips ini?

Kalau ya…berbincanglah, kalau tak nak bincang…survey dulu, tengok kiri kanan…kalau masih cinta, kena berusaha membaik pulih perhubungan tu…kalau dah tak nak, cari pasangan baru dulu…dah ada, baru chaiow :D

Well, buat apa tunggu lagi kalau orang dah tak hargai kita, dah tiada cinta lagi kan. BUT kepada yang dah berkahwin tuu…think twice beb! ;)

[Tips Cinta] 10 Benda 'JANGAN' Dalam Perhubungan Cinta

0 comments
[Tips Cinta] 10 Benda 'JANGAN' Dalam Perhubungan Cinta

Ya! Bukan mudah untuk menjaga menjaga sesuatu perhubungan jika cinta tidak dibaja dan dipupuk betul-betul. Oleh itu, sentiasa elakkan diri dari melakukan sesuatu yang merenggangkan rasa cinta di hati masing-masing.

1. JANGAN membandingkan si dia dengan jejaka atau gadis lain terutamanya bekas kekasih kamu.
Jangan sesekali cuba membandingkan si dia dengan orang lain terutamanya dengan  bekas kekasihmu. Mungkin dia tidaklah sehebat yang ‘lama’, namun perbandingan ini akan membuatkan dirinya merasa rendah diri dan tercabar. Jadi, terimalah si dia seadanya kerana dia mungkin mempunyai kelebihannya tersendiri.

2. JANGAN sesekali berbohong ataupun menyimpan rahsia
Sifat jujur amat dititikberatkan dalam sesuatu perhubungan. Oleh itu, jangan sesekali cuba berbohong atau berahsia dengan pasangan anda dalam apa hal sekalipun. Jika sekali anda berbohong, kepercayaan antara satu sama lain akan pudar. Sikap curiga pula akan menghantui diri dan memburukkan perhubungan anda. Maka, amalkan sikap terbuka dan berterus-terang sesama anda. Ingat, “Honest hearts produce honest actions.”

3. JANGAN lupa hari penting dalam hidupnya.
Jangan jadikan sikap pelupa dan tidak endahmu dalam mengingati hari-hari istimewa si dia memudarkan rencah perhubunganmu. Rasanya tidak sukar untuk anda mengingati setiap tarikh-tarikh penting itu. Hanya bulatkan di kalendar atau membuar ‘reminder’ di handphone anda, kan? Mungkin ramai lelaki yang tidak ambil kisah, namun sekadar sekeping kad ucapan atau kiriman bunga pasti menguntum senyum di bibirnya.

4. JANGAN memperbesarkan masalah ataupun memanjangkan pertengkaran.Andainya timbul perselisihan atau pertengkaran dalam perhubungan, tidak salah jika anda beralah. Selesaikan ketidaksefahaman ini dengan tenang dari hati ke hati. Jika si dia masih ‘panas’, tunggu masa yang sesuai untuk berbincang dan menyelesaikan masalah ini agar perhubungan tidak tergugat.

5. JANGAN cuba untuk mengongkong atau menyimpan perasaan cemburu .
Sikap cemburu yang membabi-buta kadang-kala akan menghancurkan sesuatu ikatan. Siapa kata ‘cemburu’ tidak perlu, tetapi biarlah berpada! Usahlah terlampau cemburu sehingga mengongkong dirinya yang akan membuatkan si dia sakit hati dan bosan.

6. JANGAN berpura-pura tidak mempercayainya ataupun menguji setebal mana cinta si dia terhadap kamu
Usahlah keterlaluan dalam menguji cintanya terhadap dirimu. Tak salah jika anda ingin menguji kesetiaannya atau kedalaman cintanya terhadapmu, namun sikap ini mungkin memakan diri. Si dia mungkin sukar menerima jika kamu langsung tidak mempercayainya.

7. JANGAN menunjukkan perasaan bosan dengan apa yang dilakukan
Cuba tunjukkan sedikit kamu terhadap apa yang dilakukan oleh pasangan anda walaupun ada bosan. Ini merupakan tanda sokongan anda terhadap minat atau hobinya. Contohnya, si dia suka merupakan seorang ‘kaki bola’. Apa kata , anda cuba meluangkan masa menemaninya menonton perlawanan bola sepak di TV atau di stadium. Pasti si dia amat menghargainya dan sesambil itu boleh ‘menayang’ anda pada teman-temannya, kan?

8. JANGAN lakukan perkara yang sama setiap kali keluar ‘berdating’
Cuba lakukan perkara yang berbeza setiap kali keluar bersama. Jika asyik keluar makan dan menonton wayang sahaja, lambat-laun akan terbit perasaan jemu pula. Try to search for new and unusual things to do. Contohnya,  bermain bowling, menaiki ‘roller-coaster’ ataupun berkelah. Anda juga boleh membuat aktiviti berkumpulan yang mana mungkin akan lebih menyeronokkan, bukan?

9. JANGAN melontarkan kata-kata yang menyakitkan hatinya.
“The tongue is more to be feared than the sword”.  Wah, anda perlu berhati-hati dengan setiap patah perkataan yang anda lafazkan. Cuba kawal diri anda sesama bertengkar dengannya. Jangan menghina dirinya dengan ayat yang boleh menyinggung hati dan perasaannya. Bak kata pepatah lama, “terlajak  perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya!”

10. JANGAN menjatuhkan air mukanya. Elakkan melakukan perbuatan yang boleh menjatuhkan air mukanya. Mungkin anda tidak sengaja atau sekadar mahu bergurau, tetapi pastikan gurauan anda kena pada tempatnya. . Kadang-kala, kita akan merasa lebih terluka jika dimalukan oleh orang yang tersayang.

Gud Luck okey........

Kisah Jiwang #3

0 comments
KASIH duduk sendirian di hujung sudut perpustakaan. Tumpuan KASIH tidak terus ke buku. Fikiran KASIH menerawang ke tempat lain.Buntu memikirkan masalah yang menimpa. Apa yang pasti KASIH takkan sekali kali lari dari masalah itu. KASIH takkan mengaku kalah dengan perasaan sendiri...
kisah jiwa


Dari jauh CINTA yang duduk bertentangan dengan meja KASIH asyik memerhati gelagat KASIH. CINTA tahu waktu sebegini KASIH pasti akan menghabiskan masa di perpustakaan. Sudah lama CINTA meminati KASIH tapi CINTA tahu KASIH tidak mudah menerima CINTA. CINTA terus memerhati wajah KASIH menyayangi KASIH dalam diam.CINTA lantas sedar KASIH seakan menghadapi masalah besar.Wajah KASIH seceria selalu, bagai di rundung duka. Tiba-tiba CINTA terlihat kelibat KECEWA.
KECEWA menarik kerusi di sebelah
KASIH. CINTA perhatikan saja gelagat KECEWA yang mengganggu KASIH. Nyata KASIH rimas dan kelihatan kurang selesa dengan kehadiran KECEWA. CINTA dapat lihat api kebencian di mata KASIH tapi apakan daya.CINTA hanya mampu melihat dari jauh. KECEWA memang berpengaruh.CINTA sedar KECEWA sudah lama meminati KASIH kalau tidak masakan KECEWA sering mengganggu KASIH. KASIH tetap tidak melayan KECEWA. Dibiarkan KECEWA berlalu sepi.

Tidak lama selepas itu, kelihatan SEDIH sahabat KASIH menghampiri KASIH. Mereka mengajak KASIH keluar. CINTA bersedia untuk mengekori mereka.Hari ini CINTA pasti dan benar-benar yakin apa yang akan dilakukan. CINTA lekas mengejar mereka.

"KASIH..KASIH..KASIH.." tercungap-cungap CINTA mengejar KASIH menjerit nama KASIH. "Boleh CINTA jumpa KASIH sebentar..? "KASIH mengangguk..

"Iya..ada apa yang boleh KASIH tolong CINTA?". Waaaaaaah..lembutnya suara KASIH. Jadi tidak hairanlah jika terlalu ramai yg ingin rapat dengan KASIH.

"KASIH, sudikah KASIH menerima CINTA?"

"Apa?CINTA bermimpikah?CINTA sedar tak apa yang CINTA katakan?KASIH minta maaf. Biar KASIH jelaskan. Andainya KASIH terima CINTA, KECEWA pasti datang mengganggu CINTA dan KASIH.CINTA mungkin takkan mengerti tapi KASIH harap CINTA terima keputusan KASIH ni. KASIH minta maaf. "KASIH ingin berlalu pergi.

"KASIH..KASIH..tunggu. Dengar apa yang CINTA ingin katakan pula. Beri CINTA peluang untuk buktikan pada KASIH.CINTA tahu KECEWA pasti akan melakukan sesuatu jika kita bersama tapi tolonglah CINTA. Berilah CINTA peluang.CINTA dah lama perhatikan KASIH.Dah lama menaruh hati pada KASIH. Tolonglah KASIH."

"hmm..CINTA..nanti KASIH fikirkan dulu ye. KASIH pergi dulu. SEDIH dah lama tunggu KASIH."

"CINTA tunggu jawapn KASIH. Tolong ye KASIH.Beri CINTA peluang.Tolong lah fikirkan. Berilah peluang utk kita lupakan tentang orang lain. Tolong ye."

CINTA memerhati KASIH berlalu pergi.

KASIH takkan mungkin menerima CINTA kerana KASIH tidak mahu KECEWA mengapa apakan CINTA. KASIH juga sedia tahu yang SEDIH meminati CINTA. Tak mungki KASIH ingin lihat sahabatnya SEDIH berduka lara.

"CINTA, maafkan KASIH. KASIH tak mungkin dapat menjadi yang terbaik untuk CINTA. KECEWA pasti akan membuatkan kita tidak senang bersama. Lagipun KASIH pasti CINTA tahu SEDIH sentiasa ingin mendampingi CINTA. Tak mungkin kita akan bahagia dan kita akan sentiasa rasa bersalah bila SEDIH melihat kita. Maafkan KASIH ya CINTA..


Sepi berlalu di hati CINTA. KASIH seolah-olah menafikan perasaan di dalam jiwanya. Bagi KASIH biarlah KASIH menunggu GEMBIRA yang entah bila akan muncul dalam hidupnya. GEMBIRA..kenapa kau menjauh..?

Kisah Jiwang #2

0 comments
Cerita nih khas untuk para2 mat-mat jiwang atau minah jiwang!Cerita ni sesuai untuk yang sedang di lamun cinta, sedang mencari cinta, yang putus cinta atau pun tak pernah bercinta. Jika korang semua bukan mat atau minah jiwang atau budak angau korang abaikan lah kisah jiwang nih!!!
qi dan nadia


Ada satu cerita mengenai seorang lelaki yang paras rupanya tidak lah sehensem tom kurus dan tidak pula macho seperti leornardo dikopi cino ataupun segagah arnold susah nak eja!

Tetapi dia seorang yang kaya ... sungguh kaya ... tetapi bukan kaya harta macam harta ismith ulam raja (bukan raja azrina tau), tetapi dia seorang yang kaya budi bahasa, penuh sopan santun dan juga seorang pendiam. Diam-diam pun, diam ubi berisi!!! Al kisahnya, lelaki yang aku maksud kan itu bernama andika (bukan nama sebenar), dia merasa kehidupannya kosong macam tin kosong, dia cemburu melihat kawan-kawannya yang sedang dilamun cinta. Andika juga seperti kawan2nya yang lain, ada perasaan, ada hati dan juga limpa. Dia sungguh dahagakan kasih sayang seorang kekasih, dahagakan belaian seorang gadis impian dan juga dahagakan air sirap kedai pak mat!

Pada satu hari, ketika dia sedang berlalu di tepi2 jalan di sebuah shopping kompleks, dia terpandang wajah seorang gadis yang mukanya sungguh ayu tetapi bukan siti noridayu, lalu dia mendekati gadis itu yang wajahnya iras-iras pelakon idola iaitu sharifah aleya. Paras muka gadis itu sungguh cantik, gebu dan juga halus macam benang halus! Andika tidak tahan lagi, sampai bila dia harus tunggu, sampai bila harus dia menahan lalu dia terus mencari... . dan terus mencari... akhirnya dia dapat juga jumpa toilet, sejak pagi tadi menahan nak buang kecil! Selepas menunaikan hajat kecil, dia tercari2 di manakah kelibat gadis itu, akhirnya dia berputus asa untuk mencari gadis itu. Lalu pulang kerumah. Keesokannya, andika telah terlewat ketempat kerja, kelam kabut dibuatnya, pasti bos (bukan amir basha tau) dia marah giler kat dia.

Inikan bukan kali pertama dia lewat ke tempat kerja, dah la datang lambat, balik nak cepat jer... mana tak bos nya marah.Tanpa dia sedari, terdapat seorang pekerja baru ditempatkan bahagian jabatannya. Pekerja itu seorang perempuan. Apabila andika dapat tahu mengenai berita itu, dia terus mencari siapakah gadis itu. Andika tertanya2 siapa gadis tu? cun kah dia? lawa kah dia tu? cantik kah dia tu? eh sama la tue... .Andika terus mencari dan akhirnya dia jumpa juga pekerja baru tuh.

Alamak!!! Andika terkejut, dia kaget... sungguh tak sangka kuala lumpur ni kecik (bukan nora tau) jer, pekerja baru tu sebenarnya adalah gadis yang sama ketika dia terserempak sekitar shopping kompleks semalam! Alangkah gembiranya dia apabila gadis itu berkerja di tempat beliau. Dia memberanikan diri untuk menegur, dia sudah nekad... dia sudah memerhatikan sejak dari tadi, lalu dia terus mendekatinya dan apabila saat menghampirinya, tangannya menggeletar... dia sudah nekad dan akhirnya dapat juga dia mencapai pen biru di atas meja nya!

Andika mula menulis surat cinta untuk di beri pada gadis itu, wajah gadis itu asyik berlegar2 di ruang kepalanya, andika sudah mula angau... asyik melayani perasaan. Satu persatu madah dia menulis surat cinta. Surat cinta bunyinya lebih kurang begini :

"Kasihku... setiap kali aku terpandang wajahmu, ku rasa bagaikan kemilau jingga menyinari hidupku, bagai gerimis membasahi dihatiku, bagai kuntuman senyuman menyeri pagi... kau lah bungaku... kau lah gadis ku... yang amat ku cintai... . "

Pergghhhh ... . tak larat... . tak larat dengar ayat-ayat jiwang andika nih! pasti gadis tu terpikat dengan gaya bahasa andika yang sungguh indah yang sungguh puitis sekali. Selepas andika meletakkan surat cintanya di atas meja gadis itu, andika tidak sabar menunggu keputusan dari gadis itu. Apakah gadis itu akan membalas surat beserta cintanya? Akhirnya... yang ditunggu2 sudah pun tiba, yang dinanti2kan sudah pun menjelma... sekeping warkah berwarna purple bertinta kan warna merah... . pasti membuatkan andika tersenyum lebar darab panjang darab tinggi! Ketika membuka warkah yang sungguh harum itu yang menusuk di lubang hidung, andika tidak dapat menahan lagi lalu dia terus bersin... "waahhhhh ... surat pun nak letak minyak wangi ke... " kata andika yang tidak sabar membaca isi kandungan surat itu. Surat itu tertulis :

"Cintaku bukan di atas kertas, cintaku getaran yang sama, tak perlu dipaksa tak perlu dicari."

Alangkah terkejutnya dia, sungguh dia tak sangka... . ayat2 yang tertulis di dalam surat itu sebijik macam lagu siti nurhaliza. Siul betul ... .. Hampeh ... . Apa lagi, terus andika mengonyok surat dan buang ke dalam tong sampah... %#!$*&?+$^%

Tamat ... .

Kisah Jiwang #1

0 comments
Ha...kali ni aku ni kongsi citer jiwang lak, tak tau la best ke tidak, aku bace pun tersentuh rase cam biasa je...tapi menarik la jugak kisahnya...


Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. 



Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut. 

“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak. 

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. 

“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?” 

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu. 

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. .. 

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.” 

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.” 

“Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.” 

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.” 

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.” 

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “ 

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.” 

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.” 

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.” 

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi. 

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya. 

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini.. :)



We Are Just Creative!

Both the Themes gallery and the Quick Styles gallery provide reset commands so that you can always restore the look of your document to the original contained in your current template.

On the Insert tab, the galleries include items that are designed to coordinate with the overall look of your document. You can use these galleries to insert tables, headers, footers, lists, cover pages, and other document building blocks. .
...More

  • lion
  • lion
  • lion

Contact

Popular Posts

About the Blog