Melihat dari kedua-dua pengiklanan tersebut mesti ramai yang menganggap ianya lubuk segala kaki blog. Namun ianya adalah lubuk kepada para kaki blog dari Asia Tenggara sahaja, termasuk Malaysia, Singapore, Brunei dan Indonesia. Namun ramai juga tidak tahu rahsia disebalik pengiklanan diatas. Mereka cuma tahu meletakkan sahaja di blog tapi tidak tahu disebalik semua itu. Di akhir artikel ini, saya akan membongkarkan rahsia di sebalik kedua-duanya.
Pengenalan utama kepada program buat duit Advertlets dan Nuffnang adalah berasaskan kepada PPC (Pay Per Click) sama juga seperti Google Adsense, Bidvertiser dan beberapa program PPC yang lain. Berbeza dengan Google Adsense dan program pay per click yang lain yang membuka penyertaan dari kebanyakan negara di dunia. Tidak seperti kedua pengiklan diatas, cuma publisher dari negara Asia Tenggara sahaja yang boleh mengiklankan iklan dorang.
Kelebihan dan Kekurangan di antara kedua-dua pengiklanan
Advertlets
1. Mudah untuk diupdates dan tidak perlu menjawab pertanyaan survey
2. Banyak pilihan banner pengiklanan yang disediakan
3. Iklan selalu keluar dalam blog
4. Aliran masuk duit setiap hari tanpa klik
5. Bayaran PPC tidak mengikut jenis iklan
6. Web yang berserabut dan sakit mata untuk mengatur blog
7. Memiliki blog sendiri dan komuniti yang join
Nuffnang
1. Perlu menjawab soalan survey untuk diupdates
2. Cuma menyediakan 3 pilihan banner sahaja
3. Iklan selalu jarang keluar dalam blog
4. Aliran masuk duit setiap kali di klik shaja
5. Bayaran PPC mengikut jenis iklan
6. Web yang simple dan senang untuk mengatur blog
7. Memiliki blog sendiri dan komuniti yang join
Jadi yang mana satu pilihan kalbu?
Saya lebih suka gemar advertlets kerana aliran duit masuk tanpa ada orang mengklik. Tidak gemar sangat kepada nuffnang yang ada kekurangan yang tersedia. Namun dalam kajian mendalam saya dan saya juga percaya dalam setahun menggunakan jenis iklan diatas, pelawat web/blog jarang mengklik banner2 seperti ini, kenapa ya? maybe mereka sudah tahu kot, sebab itu lah saya lebih gemar aliran masuk duit hari-hari tanpa mengunggu sampi ke tua orang nk klik banner2 tu. Tidak mengapa.. Ok sekarang mari saya bongkarkan rahsia di sebalik segalanya yang saya alamai..
Rahsia Advertlets
Melihat dari Page Impressions di bahagian daily earning, perbezaan ketara kaki blog yang meletakkan iklan advertlets dgn 'pakar' advertlets ialah jika Page Impressions kaki blog yang meletakkan banner mereka di bahagian page element (blogger.com) contoh mendapat lebih 500 Impressions setiap hari bergantung juga kepada kewibawaan blog/web yang ramai pelawat (tanpa klik), mereka akan memberi anda dalam purata 0.10-0.20 sen sahaja.
Tapi tidak seperti pakar, mereka mendapat Page Impressions yang sama sahaja namun purata mereka dapat 0.40-0.50 sen untuk 500 Impreessions. Jangan dianggap mereka main kotor, mereka sama sahaja kepada kaki blog yang lain. Yang beza nya (jeng2) mereka meletakkan banner advertlets di bahagian atas sekali (format 728x90). Mereka faham bahawa jarang sekali orang akan mengklik banner2 tersebut, jadi mereka lebih gemar aliran masuk berterusan yang lebih fleksibel. Jadi pendapatan sampingan mereka dapat contoh sehari 0.50 sen x 30 hari = RM15.. kira ok lah, duit sampingan sahaja. Cara nak letak banner di atas sekali di blog untuk pengguna blogger sahaja yang saya tahu lah, pergi 'edit html', cari code 'head' (head yang dibahagian atas sekali, bukan kat bawah), letak tepat dibawahnya, dan save. Tips lain, digalakkan 1 Advertlets untuk 1 blog/web, jika lebih Page Impressions akan menurun.
Rahsia Nuffnang
Syarat utama untuk menjadi ahli Glitterati adalah, anda tidak boleh memasukkan iklan lain
yang konsepnya seperti Nuffnang. Iklan yang tidak di benarkan adalah iklan dari Asia
Tenggara. Contohnya dari Malaysia iaitu Gokita, Advertlets dan sebagainya. Iklan lain
yang bersifat global seperti Google Adsense di benarkan. Maksudnya anda kena setia kepada nuffnang je lah. So, dalam masa 48 jam Nuffnang akan crawl blog kita dan bila dia tengok takde iklan lain selain dia, kita akan naik pangkat jadi ahli Nuffnang Glitteri (bergantung).
Apa yang bagusnya bila jadi ahli Nuffnang Glitteri ni, Jom Bongkar?
1. Payment rates CPM : Earning akan meningkat sebanyak 20% sehingga 50% berbanding nuffnang ahli biasa.
2. Payment rates CPC : Minimum RM0.25 per klik berbanding RM0.15 sahaja bagi ahli nuffnang biasa.
3. Payment Term : Bayaran akan dapat dalam masa 30 hari selepas cash out berbanding 60 hari bagi ahli nuffnang biasa.
4. Peluang Pengiklanan : Lebih cerah berbanding ahli nuffnang biasa Page10 Of 30
5. Community Event : Diperuntukkan 70% kepada ahli Glitteri berbanding 30% sahaja kepada ahli nuffnang biasa.
6. Pemenang pertandingan : 70% hadiah eklusif berbanding 30% hadiah tidak eklusif kepada ahli biasa.
Jadi sekarang anda dapat menilai yang mana satu lebih baik dan lebih efisyen. Tips lain, Jangan terlalu fanatik dan fokus kepada kedua-duanya sahaja anggap sahaja sebagai ianya sebagai alat dan cara kita wang atau pendapatan sampingan di internet selain membuat blog atau website..
Both the Themes gallery and the Quick Styles gallery provide reset commands so that you can always restore the look of your document to the original contained in your current template.
On the Insert tab, the galleries include items that are designed to coordinate with the overall look of your document. You can use these galleries to insert tables, headers, footers, lists, cover pages, and other document building blocks. .
...More
0 comments:
Post a Comment